Mahathir Tersasul Lagi, Panggil Calon Di Hadapannya Calon BN


PUTRAJAYA: Ketika berucap di PPR Kerinchi, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad tersasul di khalayak ramai mengatakan calon-calon di hadapan beliau adalah calon Barisan Nasional (BN).

Bagaimanapun, ribuan hadirin yang berada di situ sekadar ketawa dengan kesilapan Dr Mahathir.

“Di sini, diwakili kawan saya, dan beberapa orang calon-calon Barisan, ops… calon-calon Pakatan Harapan. Itu terseliuh. Kadang-kadang bercakap dia ingat langkah lama,” katanya semasa berucap pada Majlis Jelajah Harapan di sini pada Khamis.

Namun, ini bukanlah kali pertama bekas perdana menteri itu tersasul.

Sebelum ini, Dr Mahathir pernah tersasul apabila meminta pengundi agar tidak menyokong PH pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kali ini.

Menyedari kesilapan itu, beliau tergelak kecil dan pantas membetulkan kenyataannya sebelum meneruskan ceramah.

Calon PKR Parlimen Langkawi itu juga pernah tersasul ketika mengumumkan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu sebagai 'Presiden UMNO'.

Sumber: BH

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com