Mahathir Terkejut Banyak Kemajuan di DUN Bukit Lada, Pokok Sena


Dr. Mahathir Mohamad semalam terkujut melihat kawasan Dewan Undangan Negeri Bukit Lada Pokok Sena kerana sudah banyak pembangunan di bawah pemerintahan Barisan Nasional.

" Lama saya tak mai ke sini...sekarang banyak kemajuan,'' kata Dr. Mahathir memulakan ceramahnya di Kampung Bukit, Pokok Sena semalam.

Mahathir yang bersara 15 tahun lalu rupanya tidak sedar banyak kemajuan di luar bandar yang dilaksanakan dan dinikamati oleh rakyat  di zaman Tun Abdulllah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib  Razak.

Dalam ceramahnya yang dihadiri lebih 500 orang itu, Dr. Mahathir mengingatkan penduduk di situ betapa baiknya negara Malaysia, rakyat dapat hidup aman damai tanpa berlaku pergaduhan walaupun  berbilang kaum.


Di negera lain terutama di Timur Tengah, rakyatnya walaupun satu kaum atau bangsa dan satu agama tetapi mereka  berperang sampai negaranya hancur, kata Dr. Mahathir.

Bagimanapun dalam memuji tentang keharmonian dan kemajuan negara di bawah pemerintahan UMNO/BN Mahathir mendakwa kerajaan sekarang masih tidak baik dan tidak melaksanakan pembangunan untuk rakyat.

Bagi Dr. Mahathir negara ini tidak lagi selamat hingga perlu ditukarkan kerajaan dan beliau mahu 'menyelamatkannya'.

Dr. Mahathir perlu menjelajah lebih banyak tempat ke luar bandar untuk melihat pembngunanan yang dilaksanakan kerajaan sekarang dan bukanya datang semata untuk berkempen dalam untuk pilihan raya semata.

Pada PRU14 ini, BN meletakkan Datuk Said Ali Syed  Rastan untuk menentang Datuk Mahfuz Omar (PKR) dan bekas pemain bolasepak negeri Radhi Md Din (PAS).

Sementara DUN Bukit Lada, bekas ADUN kawasan itu Datuk Ariffin Man yang juga Setiausaha Kerja BN negeri akan menentang calon PKR Mohd Aizad Roslan, Salim Mahmood (PAS) dan Mohd Ismail Othman (Bebas).

Kerusi DUN Derga antara calon BN, Datuk Dr. Cheah Soon Hai, Tan Kok Yew (PKR) dan Yahya Saad (PAS) manakala DUN Bukit Pinang antarar Muhamad Nawar Ariffin (BN),  RomainiWan Salleh (PAS) dan Che Mat Dzaher Ahmad (PKR). - - Kedahnews.com


JomBN #BersamaBN #DahulukanRakyat #HebatkanNegaraku #PRU14 #TsunamiPHFitnah #GE14 #UndiBN #BR1M #ManifestoBN #HarapanPalsu #HarapanBohong #TolakDAP #PakatanDAP #SinsofMahathir #DosaDosaMahathir

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com