Mahathir Salahguna Kuasa Penasihat Lada, Mohon 5 Lot Tanah Pada Kadar Pajakan RM20 Seekar Di Langkawi


DALAM siri kempennya, Penasihat Pakatan Harapan yang bertanding di Parlimen Langkawi sebagai Calon PKR, selalu menyebut: Dirinya tidak memiliki apa-apa.

Mahathir cuba meraih simpati sebagai MR. Clean.

Namun, dokumen terbaharu yang bocor di media sosial, membuktikan Mahathir menyalahgunakan kuasa sebagai Penasihat LADA.

Ia berkait dengan surat pajakan lima lot tanah LADA di Kuah, Langkawi.

Ini bukti terkini, Mahathir mengambil kesempatan dengan mendapatkan lima lot tanah-tanah tersebut bertujuan kononnya untuk projek pertanian. Apa masalahnya?


Memang masalah. Ini kerana dokumen bertarikh 27 Julai 2011 yang ditujukan pada Pengurus Besar LADA, diluluskan seluas empat ekar (Mahathir mohon lima dengan caj yang teramat murah!

LADA ialah Lembaga Pembangunan Langkawi dan Mahathir selaku Penasihat sejak 2003 hingga Mac 2016.

Tidak munasabah, selaku Penasihat LADA, Mahathir meminta kadar caj pajakan hanya RM20 seekar setahun. Lebih teruk, pakejnya selama 30 tahun.

Mahathir hanya perlu membayar caj RM2,400 untuk tempoh tiga puluh tahun?

Semasa memohon tanah itu pada 2011, usia Mahathir sudah 86 tahun. Kenapa ghairah memohon pajakan sampai 30 tahun?

Tanah-tanah tersebut tidak semurah itu. Mustahil RM80 setahun untuk empat ekar. Lebih aneh, mengapa LADA meluluskan sampai 30 tahun?

Apakah kerana pemohon ialah Penasihat LADA? Mahathir bertanding sebagai calon PKR Langkawi pada PRU 14 pada 9 Mei ini. Pada 8 September 2016, dia adalah Penasihat PBBM dan kemudian mengetuai Pakatan Harapan pada 1 Jun 2017.

Aneh! Tujuh tahun selepas menerima keistimewaan pajakan murah dengan caj yang tidak munasabah, Mahathir berkempen keliling Malaysia, mengatakan dia menentang kerajaan yang korup.

Sedangkan ketika memohon dan menerima tanah itu untuk dirinya sendiri, Mahathir masih Penasihat LADA.

Sejak bila Mahathir berminat dengan tanah untuk menternak lembu dan bercucuk tanam? Kalau berminat pun, takkan LADA memberikan caj semurah itu untuk tempoh 30 tahun.

Ada dua lagi dokumen manipulasi tanah LADA yang diluluskan dengan caj murah ketika Mahathir masih berkuasa sebagai Penasihat.

Tinggu pendedahannya! Inikah orang yang bersungguh-sungguh mahu mengubah negara dengan alasan menentangpenyelewengan? - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com