Mahathir Mungkin Akan Menang Di Langkawi Tapi…


1. Kemungkinan besar Mahathir akan menang di Langkawi. Sekian lama Mahathir yang mengawal media telah memprojekkan dirinya sebagai arkitek pembangunan Langkawi.

2. Walaupun sebahagian besar kekayaan Langkawi akhirnya pergi kepada kroni-kroninya, namun rakyat Langkawi tetap terhutang budi kepadanya. Tempias pembangunan yang dibuat oleh Barisan Nasional pimpinan Mahathir ketika itu tetap dirasai.

3. Apa yang penduduk Langkawi tidak sedar ialah Tun Mahathir telah bersara pada 2003, yakni hampir 15 tahun lalu. Sepanjang tempoh tersebut Langkawi tetap membangun dan terjaga di bawah Barisan Nasional.

4. Pada tahun lalu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melancarkan Projek Perumahan Rakyat (PPR) bernilai RM247 juta membabitkan 1,000 unit kediaman yang akan dibina di Kuah dan Ulu Melaka, Langkawi.

5. Ia menggunakan konsep sewa beli bagi membolehkan mereka tiada pendapatan tetap pun membeli. Apakah ini bukan sumbangan dan jasa kepada Langkawi.

6. Dalam Rancangan Malaysia ke-11, Kerajaan BN memperuntukkan sejumlah RM1.3 bilion bagi projek menaik taraf pelbagai infra rakyat termasuk hospital, sistem bekalan air bersih, jeti nelayan dan jalan.

7. Dr Mahathir telah berjasa kepada Langkawi dan penduduk Langkawi telah membayarnya dengan memberi kemenangan kepada Barisan Nasional semasa di bawah pentadbirannya.

8. Apa yang tidak disedari ialah penduduk Langkawi juga berkorban untuk sebuah pembangunan acuan Mahathir –
yang dipenuhi hotel-hotel lima bintang. Itu belum diambil kira khabar angin mengenai harta-harta keluarga beliau di Langkawi .

9. Tidak cukup itu, khabarnya Langkawi juga merupakan tempat tinggal sebahagian dari 40 ekor kuda Mahathhir yang bernilai jutaan ringgit.

10. Hakikatnya Langkawi telah membalas jasa Mahathir sewajarnya. Namun jika mereka memilih mengenepikan jasa dan sumbangan Barisan Nasional hari ini dan mengundi Mahathir, itu adalah hak mereka.

11. Cuma Mahathir mungkin menang ketika partinya diambang kekalahan. Mahathir akan menjadi Ahli Parlimen biasa selepas lebih 15 tahun meninggalkan kerja wakil rakyat.

12. Agak mustahil Mahathir pada usia 93 tahun dapat menjadi wakil rakyat yang aktif di Langkawi. Apa nasib Langkawi selepas ini apabila berada di tangan pembangkang?

13. Pengundi di Langkawi boleh sahaja mengucapkan terima kasih kepada Mahathir dan mengundi Barisan Nasional. Inilah parti yang masih kekal membangunkan pulau tersebut walau silih berganti Perdana Menteri.

14. Apa yang pengundi Langkawi perlu ingat ialah selain Mahathir, Tun Abdullah, dan kini, Najib Razak turut memberi sumbangan yang signifikan dalam kemajuan Langkawi.

#JomBN #BersamaBN #DahulukanRakyat #HebatkanNegaraku #PRU14 #TsunamiPHFitnah #GE14 #UndiBN #BR1M #ManifestoBN #HarapanPalsu #HarapanBohong #TolakDAP #PakatanDAP #SinsofMahathir #DosaDosaMahathir

Sumber: TV14

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com