Mahathir Masih Jaga Hati DAP, Membisu Bila Nga Kor Ming 'Doa Dia Mampus'


ALOR SETAR - Setelah beberapa hari menghilangkan diri, tiba-tiba Tun Dr. Mahathir Mohamad muncul dalam ceramah terbarunya di Bukit Malut, Langkawi malam tadi.

Apa yang anehnya mengenai 'kemunculan semula' Mahathir setelah lama 'menghilangkan diri', beliau dilihat langsung tidak menyentuh perihal kebiadaban dan keceluparan pemimpin DAP termasuk Nga Kor Ming yang jelas menghina selain mengaku mempergunakan beliau hanya untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mungkin Mahathir masih lagi mahu menjaga hati DAP demi menjaga kepentingan diri sendiri walaupun pemimpin DAP secara terang-terangan mendoakan beliau 'mampus'.

Itu antara ditunjukkan Mahathir dalam ceramah apabila hanya membangkitkan isu-isu lapuk dan menghasut rakyat membenci kerajaan yang pernah diketuainya dahulu.

Rata-rata rakyat termasuk di Langkawi mahukan penjelasan berhubung kenyataan biadap dan kurang ajar pemimpin DAP itu tetapi malangnya Mahathir hanya memekakkan telinga dan membutakan mata, sebaliknya terus menyerang Perdana Menteri, dan musuh abadinya, PAS dengan pelbagai tuduhan.

Seperti biasa, Mahathir hanya tahu menghentam Najib sebagai hanya pandai menabur janji tetapi tidak dilaksanakan sedangkan hakikatnya janji Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya lalu telah dikotakan hampir 100 peratus.

Bagaimanapun, isu membabitkan tindakan pemimpin DAP mengakui mempergunakan beliau langsung tidak disentuh dalam ceramah hampir 30 minit itu, petik Utusan.

Baru-baru ini, rakaman video Kor Ming memperkudakan Mahathir untuk menumbangkan BN dalam PRU-14 tular di media sosial seterusnya mencetuskan pelbagai reaksi daripada orang ramai.

Sebelum itu, tular klip video ucapan penceramah DAP, Hee Kuan Yau yang mendedahkan taktik disebalik tindakan parti itu menerima Mahathir bersama gabungan pembangkang PKR.

Tidak cukup dengan itu, para pemimpin atasan DAP juga langsung membisu dan tidak memberi sebarang penafian mahupun respon terhadap video tersebut. - Kedahnews.com



#HarapanPalsu 
#HarapanBohong
 #TolakDAP 
#PakatanDAP 
#SinsofMahathir          
#DosaDosaMahathir


No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com