Mahathir Individu Paling Kuat Tentang Undang Islam – Hadi Awang


SEREMBAN – Pengerusi gabungan pembangkang PKR, Tun Dr. Mahathir Mohamad adalah individu paling kuat menentang pelaksa­naan perundangan Islam sepenuhnya di Kelantan terutama selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) meluluskan Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 Negeri Kelantan yang bertujuan mendidik masyarakat.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Dr. Mahathir yang ketika itu memegang jawatan Perdana Menteri telah menghantar sepucuk surat amaran kepada Menteri Besar Kelantan pada masa itu, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat agar Kelantan tidak meneruskan hasrat untuk menguatkuasakan enakmen berkenaan.

Dalam suratnya itu, Abdul Hadi berkata, sekiranya Kelantan melaksanakan perundangan Islam tersebut, kerajaan Pusat akan mengambil tindakan.

“Inilah yang berlaku sebenarnya. Dr. Mahathir bersama timbalannya (Datuk Seri Anwar Ibrahim) menghalang pelaksanaan perunda­ngan Islam di negeri Kelantan setelah dua pertiga ahli DUN Kelantan meluluskan pelaksanaan enakmen tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas program ceramah perdana di Kompleks Latihan Islam Ne­geri Sembilan, Ampangan di sini, malam Jumaat.

Sumber: TV14

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com