Mahathir Dakwa Hadi Awang Sebagai MUNAFIK


KUANTAN: Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, sebagai munafik apabila kononnya menjalin kerjasama dengan UMNO.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu berkata, Abdul Hadi sebelum ini pernah mengkafirkan UMNO dan turut menjalin kerjasama politik bersama DAP melalui konsep Tahaluf Siyasi.

“Dulu beliau marah UMNO dan kafirkan parti itu. Sekarang, kata tidak pernah kafirkan (UMNO) pula, sedangkan di Terengganu masih wujud senario itu. 

“Kita lihat Abdul Hadi banyak berbohong, mungkir janji dan khianati amanah. Beliau umpan semata-mata untuk undi dengan kata kalau tidak masuk PAS maka kafir,” katanya ketika berucap pada Sesi Santai Negarawan di FELDA Bukit Goh, di sini, kelmarin.

Dr Mahathir yang juga calon pembangkang di Parlimen Langkawi berkata, Abdul Hadi dilihat menjalin kerjasama dengan UMNO apabila cuba menarik pengundi yang bencikan Barisan Nasional (BN) untuk mengundi PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Dengan cara itu, apabila semua yang bencikan Najib (Datuk Seri Najib Razak) undi PAS, secara tidak langsung BN akan menang pilihan raya ini.

“Bila sudah ada kerjasama ini, maka UMNO Islam baliklah, bagi Hadi senang saja nak Islam, tak payah nak bersunat, tak payah syahadah, kata aku masuk parti PAS, maka Islamlah,” katanya.

Sementara itu, bekas Perdana Menteri itu turut mempersoalkan kewangan PAS dengan menterjemahkannya melalui jumlah bendera parti itu yang dipasang sepanjang jalan menerusi kempen ketika ini.

“Dalam PRU-14 ini pelik, sebab nampak bendera PAS dan BN cukup kaya. Dulu, ketika Mat Sabu (Mohd Sabu) dalam PAS, dia kata nak pasang bendera kena panjat pokok kelapa.

“Sekarang tak payah, boleh upah orang sebab PAS duit banyak, nak bawa bendera, upah seorang RM10. Nak kaya sekarang jadi kontraktor pasang bendera,” katanya.

#JomBN #BersamaBN #DahulukanRakyat #HebatkanNegaraku #PRU14 #TsunamiPHFitnah #GE14 #UndiBN #BR1M #ManifestoBN #HarapanPalsu #HarapanBohong #TolakDAP #PakatanDAP #SinsofMahathir #DosaDosaMahathir

Sumber – TV14

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com