LHDN Galak Bayar Cukai Pendapatan Dalam Talian


KUALA LUMPUR – Orang ramai yang masih belum memfailkan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) BE 2017 dan membuat bayaran baki cukai yang berakhir semalam digalakkan berbuat demikian secara dalam talian bagi mengelakkan ketidakselesaan di kaunter.

Lembaga Hasil Dalam Negeri dalam satu kenyataan semalam berkata bayaran juga boleh dibuat melalui aplikasi ByrHasil https://byrhasil.hasil.gov.my/, atau melalui kaedah bayaran yang lain seperti kaunter bank yang dilantik, mesin deposit tunai dan kaunter Pos Malaysia.

Kaedah-kaedah itu, katanya, dapat menjadikan transaksi dibuat lebih mudah, selamat dan menjimatkan masa. – BERNAMA

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com