Lelaki Tanggung Beban Tumor 18 Kg


PENDUDUK miskin di sebuah kampung terpencil di India, terpaksa pasrah dengan keadaannya yang mempunyai ketumbuhan seberat 18 kilogram di leher dan tangan.

K Palaniasami, 42, terpaksa hidup dengan tumor berkenaan lebih 30 tahun sekali gus membataskan pergerakan serta percakapannya.

Kawasan tempat tinggalnya yang terpencil di Podarankadu, Tamil Nadu menyebabkan dia sukar untuk mendapatkan bantuan perubatan.

Palanisami pernah dimasukkan ke hospital di Dharmapuri tetapi doktor sukar untuk menjelaskan penyakit itu selepas melakukan imbasan x-ray dan ujian darah.

Abangnya, K Sivasami berkata, adiknya mempunyai ketumbuhan sejak berusia 12 tahun lagi.

“Sejak usia 12 tahun, ketumbuhan kecil mula kelihatan di badannya. Bapa kami, Kailas membawanya ke hospital di Dharmapuri dan Chennai namun menurut mereka, ketumbuhan itu tidak menjejaskan kesihatannya.

“Doktor memberitahu, sebarang pembedahan yang dilakukan akan menyebabkan kematian. Memandangkan kami tinggal di kawasan terpencil, agak sukar untuk mendapatkan rawatan,” katanya. 

Sumber: Daily Mail

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com