Lelaki Dicungkil Mata Bapa Sendiri Kerana Mahu Berkahwin Dengan Gadis Pilihan


BALOCHISTAN, Pakistan – Seorang lelaki dicungkil kedua-dua mata menggunakan sudu dalam satu serangan kejam yang dilakukan oleh bapa dan abang-abangnya sendiri selepas dia ingin mengahwini gadis pilihannya.

Abdul Baqi, 22, dari kampung Nasirabad di wilayah Balochistan pada mulanya meminta keluarganya supaya meminang kekasihnya itu.

Permintaan itu menyebabkan bapanya, Dost Muhammad, 70, dan empat lagi abangnya berang dan membawanya ke sebuah bilik lalu mengikat dan mencungkil matanya.

“Bapa menggunakan belakang sudu untuk mengeluarkan bebola mata pertama.

“Saya melihat mata saya tergantung di luar soket. Dia kemudian menggunakan sebilah pisau untuk memotong urat dan salur darah,” cerita Abdul Baqi.


Mangsa kemudian dikejarkan ke hospital oleh seorang lagi saudaranya sebelum dipindahkan ke sebuah hospital pakar Jinnah di Karachi, namun malangnya, doktor gagal menyelamatkan kedua-dua matanya.

Susulan itu, satu laporan polis dibuat menyebabkan bapa mangsa dan dua abangnya ditangkap pihak berkuasa. Dua lagi abangnya Abdul Baqi melarikan diri, lapor agensi berita tempatan. – AGENSI

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com