Lawatan Kit Siang Ke Pokok Sena Bawa "Bencana" Pada Mahfuz?


Kehadiran Ketua DAP, Lim Kit Siang ke kawasan Parlimen Alor Setar dan Pokok Sena semalam disambut dengan mesra oleh bekas Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Kedatangan Kit Siang tentunya akan memberikan manfaat besar kepada Mahfuz yang mewakili Parti Amanah Negara (PAN) bagi mempertahankan kerusi Pokok Sena.

Kit Siang datang untuk berkempen bagi dua calon DAP yang bertanding di kerusi DUN Derga (Pokok Sena) dan DUN Kota Darulaman ( Alor Setar).

Namun Mahfuz juga memerlukan DAP untuk memenangkannya kali ini kerana beliau bakal  berdepan saingan sengit  dengan calon PAS, bekas pemain bolasepak kebangsaan dan calon Barisan Nasional (BN) yang berkhidmat kepada rakyat sepanjang masa di kawasan itu walaupun BN mengalami kekalahan.

Bukanlah sesuatu yang mudah bagi Mahfuz untuk mempertahankan parlimen itu tanpa bantuan DAP Ini kenana majoriti penyokong PAS di Pokok Sena sudah tidak dapat lagi menerima bekas ahli Parlimen mereka yang belot itu.

Semasa Mahfuz keluar PAS dan menyertai PAN, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng antara yang terawal mengalu-alukannya. Mahfuz perlu membalas budi baik DAP itu. 

Sementara itu Kit Siang tidak banyak bercakap soal lain, hanya mengajak pengundi Cina menyokong Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri dan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail selaku timbalan.

Seperti sudah diatur skripnya, Kit Siang bertanyakan orang ramai yang hadir itu pada program itu siapa yang mereka  mahukan untuk menjadi Perdana Menteri.

Orang ramai yang tidak berapa ramai lantas menjawab mereka pilih Mahathir, iaitu pemimpin yang pernah 'menyumbat' Kit Siang  dan Mahfuz ke dalam tahanan ISA.  

Dalam pada itu bekas ketua pembangkang itu turut menyelar pihak  yang tidak membenarkan gambar Mahathir dipasang di luar kawasan bekas Perdana Menteri itu bertanding.

Semalam gabungan pembangkang PKR Negeri Sembilan akur dengan peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya hanya meletakkan gambar dua pemimpin utama parti yang bertanding pada poster kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Timbalan Pengerusinya, Anthony Loke Siew Fook berkata,  mereka akan  menutup gambar  Dr. Mahathir yang terdapat pada poster dan papan tanda kempen di sekitar Negeri Sembilan.

Dalam ucapannya itu Kit Siang berkata, beberapa dasar  kerajaan negeri dan negara 'yang tidak baik bagi rakyat akan diubah jika pakatan memerintah.

Namun beliau tidak menjelaskan dasar apakah yang tidak baik itu yang hendak diubah juka gabungan PKR yang diketuai DAP` itu membentuk kerajaan selepas PRU14.

Adakah dasar yang hendak dihapuskan itu melibatkan hak istimewa orang Melayu dan bumiputera, agama Islam dan Raja Melayu?  -  Kedahnews.com

JomBN #BersamaBN #DahulukanRakyat #HebatkanNegaraku #PRU14 #TsunamiPHitnah #GE14 #UndiBN #BR1M #ManifestoBN #HarapanPalsu #HarapanBohong #TolakDAP #PakatanDAP #SinsofMahathir #DosaDosaMahathir



   

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com