Larangan Jual Makanan Sebelum 2 Petang


KANGAR - Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs) melarang peniaga Islam di negeri ini menjual makanan sebelum jam 2 petang sepanjang Ramadan ini.

JAIPs dalam kenyataan hari ini turut meminta umat Islam mematuhi peraturan jabatan itu untuk mengelak dikenakan tindakan undang-undang.

"Peniaga Islam yang melanggar peraturan jualan boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 25 (1) (a) Enakmen Jenayah Dalam Syarak Negeri Perlis 1991 (Pindaan 2012)," katanya.

Menurut kenyataan itu, peniaga yang disabit kesalahan boleh didenda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama .

Sementara itu bagi kesalahan kedua serta berikutnya denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Sumber: BH Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com