Lang Merah Gagal Sekat Negeri Sembilan


ALOR SETAR - Walaupun garang pada babak-babak awal namun Lang Merah terpaksa akur dengan kesudahan sekadar seri 3-3 pada perlawanan menentang Negeri Sembilan dalam saingan Liga Super di Stadium Darul Aman, di sini malam tadi.

Skuad Hijau Kuning tidak berjaya memanfaatkan kelebihan bermain di gelanggang sendiri apabila gagal memperoleh sebarang mata pada perlawanan yang dihadiri kira-kira 5,000 penyokong.

Pasukan tuan rumah mencetuskan sorakan penyokong dengan jaringan seawal minit kedua menerusi pemain import, Liridon Krasniqi bagaimanapun Negeri Sembilan pantas menyamakan kedudukan dua minit kemudian menerusi jaringan N. Thanabalan.

Pasukan Lang Merah kemudian menambah jaringan menerusi Mohd. Syazwan Zainon dan Sandro Da Silva masing-masing pada minit ke-26 dan ke-29.

Sementara itu dalam babak kedua, pasukan Negeri Sembilan berjaya bangkit dan memperoleh gol menerusi sepakan Nicolas Leandro Velez dan Flavio Beck Junior pada minit ke-48 dan ke-87.

Sumber: Utusan Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com