Lakonan Mahathir Mencari Kubur Misi Menang PRU14


Oleh: Ab Jalil Backer

1. Sesorang perlu memberitahu Mahathir bahawa tidak ada konsep memohon maaf atas kubur si mati seperti yang cuba ditonjolkan dalam drama-drama Melayu.

2. Seseorang perlu beritahu Mahathir tanah kubur telah disediakan untuknya di Makam Pahlawan Negara. Jadi tidak perlulah bersusah payah mencari tanah kubur.

3. Semalam Mahathir Mohamad melawat kubur Allahyarham Fadhil Noor di Pokok Sena. Bekas Presiden PAS itu pernah mendoakan semoga umur Mahathir hidup panjang untuk melihat kerosakan yang beliau buat.

4. Fadhil Noor penentang tegar Mahathir selama hampir 22 tahun. Mahathir hanya mengunjungi pusara beliau semalam kerana mahu menang pilihan raya. Dengan tiba-tiba Fadhil Noor adalah penasihat agama beliau.

5. Hari ini Mahathir mahu ke pusara Allahyarham Nik Aziz Nik Mat pula. Jawapan Nik Adli mudah sahaja. Jika mahu melawat datang selepas pilihan raya.

6. Entah apa dicarinya di kubur Nik Aziz setelah hampir berpuluh tahun beliau mengindoktrinasi ramai rakyat Malaysia, termasuk saya, bahawa Nik Aziz membawa ajaran yang salah.

7. Pada usia 93 tahun kita boleh faham jika Mahathir mengunjungi kubur untuk mengingati kematian dan mengingati dosa lamanya.

8. Malangnya pada usia 93 tahun beliau ke kubur untuk mencari undi. Entahlah kalau mencari pengundi hantu.

Tulisan Asal: https://www.facebook.com/Jalil.backer/posts/10216334626578655

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com