Lakar Sejarah, Wanita Termuda Tawan Everest


SEORANG remaja perempuan yang baru berusia 16 tahun telah mencipta sejarah apabila berjaya menawan puncak Gunung Everest di Nepal.

Lapor akhbar The New Indian Express, Shivangi Pathak yang berasal dari Hisar di Haryana yang terletak di utara India itu memang tekad untuk memenuhi cita-citanya tersebut.

Dia telah berjaya menawan gunung tertinggi di dunia itu pada Khamis lalu bersama-sama dengan beberapa orang pendaki lain.

Pendakiannya itu membawa mesej bahawa wanita mampu mengatasi setiap halangan untuk mencapai matlamat mereka.

Shivangi Pathak berhasrat mendaki gunung tertinggi dunia itu apabila terinspirasi melihat kejayaan Arunima Sinha yang merupakan wanita kudung menawan Everest.

Dalam pada itu beberapa pendaki lain daripada Poland, India dan Nepal turut berjaya sampai ke puncak pada hari yang sama.

Dalam perkembangan lain, Azrulkhan Hasrullah yang merupakan seorang pendaki kudung rakyat Malaysia telah berjaya sampai di Kem Induk Everest pada Selasa lalu.

Dia berharap, kejayaannya itu mampu menjadi pemangkin dan semangat buat golongan istimewa yang lain untuk berjaya sepertinya. 

Sumber: Mize

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com