Kuku Dibentuk Seperti Gigi


MOSCOW – Idea aneh seorang warga Rusia dari studio kuku, Nail Sunny yang membentuk kuku kelihatan seper­ti gigi mencetuskan pelbagai reaksi daripada orang ramai.

Mirror.co.uk melaporkan, sesetengah golongan mendapati idea berkenaan adalah lucu, selain ada yang menyukainya. Tetapi, selebihnya jelas kelihatan tertekan.

Nail Sunny berkongsi estetika tersebut di Instagram dan sememangnya terdapat pelbagai reaksi yang dilontarkan.

“Saya berasa ingin muntah,” kata David Tyler, pendapat yang turut dikongsi dengan yang lain.

Kuku berkenaan kelihatan sangat serupa dengan gigi. Sebenarnya, gigi yang baik dan sangat sihat.

Setiap kuku dibentuk seperti geraham. Ia dibentuk dengan acuan dan akrilik dengan perincian pada rabung dan bahagian komponen gigi yang diukir untuk setiap satu.

Cat putih akan digunakan se­bagai kemasan akhir selain sa­puan penggilap berwarna hitam akan ditambah untuk kesan yang lebih realistik.

Studio kuku itu agak terkenal di media sosial dan bukan kali pertama mengeluarkan reka ben­tuk ganjil.

Sebelum ini, pereka bentuk di sana mengukir pelbagai bentuk daripada kuku botol Coca Cola hingga kepada kuku aneh berbentuk hidung.

Sumber: Utusan Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com