Kuih Ulat Bulu Juadah Unik Berbuka Puasa


JELEBU - Pelbagai juadah dengan nama pelik dan jarang ditemui muncul setiap kali Ramadan seperti kuih ulat bulu yang dijual pekerja kantin sekolah di depan rumahnya di Kampung Kampai, di sini.

Siti Sarah Suratman, 41, berkata ini kali pertama dia menjual kuih ulat bulu sebagai juadah berbuka kepada orang ramai selepas mendapat resipi daripada majikannya.

Katanya, majikannya mendakwa kuih berkenaan berasal dari Pasir Mas, Kelantan dan hasil carian di Internet mendapati ia memang benar berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang.

“Saya cuba resipi berkenaan dan kali pertama dihidangkan dalam jamuan pelajar di sekolah akhir tahun lalu dan maklum balas diterima sangat bagus malah pelajar menyukainya,” katanya.

Siti Sarah berkata, sehingga kini kuih berkenaan menjadi pilihan hidangan pada majlis di sekolah berkenaan dan kali terakhir pada sambutan Hari Guru yang berlangsung Rabu lalu.

“Bahan diperlukan sangat mudah iaitu tepung pulut, pewarna hijau, sedikit air yang dicampur, diadun dan dibentuk leper.

“Inti kacang merah dimasukkan sebelum kuih dimasak sama seperti membuat kuih buah melaka iaitu dengan merebus sehingga timbul sebelum disalut dengan kelapa parut,” katanya.

Sumber:MyMetro

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com