Kontrak 17,000 Orang Penjawat Awam Lantikan Politik Ditamatkan


PUTRAJAYA - Kira-kira 17,000 orang penjawat awam berstatus kontrak ditamatkan perkhidmatan kerana merupakan pelantikan politik daripada pentadbiran kerajaan terdahulu.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pihaknya bagaimanapun akan mengkaji kedudukan penjawat-penjawat awam terbabit yang bergaji rendah dan bersifat sokongan.

“Ada kes-kes seperti pemandu contohnya, mereka ini bergaji rendah, mungkin kita akan beri jawatan lain yang sesuai dengan kelayakan mereka,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Sumber: Utusan Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com