Kitaran Fitnah, Teori Konspirasi Sarawak Report


HAMPIR dua bulan Sarawak Report menyepi daripada campur tangan dalam politik Malaysia sedangkan portal propembangkang berkenaan sebelum ini begitu agresif dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Kita kena faham peranan Sarawak Report dalam teori konspirasi ini, portal tempatan akan melancarkan pelbagai fitnah kepada kerajaan, kemudian Sarawak Report pula akan mengutip semua informasi portal pro pembangkang tempatan dan menyiarkannya semula.

Manakala akhbar berpengaruh di Amerika Syarikat (AS), New York Times (NYT) dan agensi berita Bloomberg TV yang dimiliki oleh Michael Bloomberg akan menyiarkannya bagi mempengaruhi iklim ekonomi Malaysia.

Teori konspirasi antara portal pembangkang di Malaysia dengan Sarawak Report yang beroperasi di United Kingdom (UK) serta NYT dan Bloomberg di AS adalah usaha taktikal untuk menjejaskan nama baik kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di peringkat antarabangsa.

Matlamatnya mudah, mereka mahu menjerumuskan ekonomi Malaysia dengan idea wujudnya kreptokrasi dan akhirnya menyebabkan matawang Ringgit Malaysia (RM), Bursa Malaysia dan aliran pelaburan asing (FDI) lingkup.

Tekanan ini akan menyebabkan wujud rasa panik di Malaysia dan Najib secara tidak langsung dipersalahkan.


Hari ini, Sarawak Report kembali. Teori mereka mudah; sekarang 10 hari menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Sarawak Report harus memulakan langkah untuk menjahanamkan ekonomi Malaysia.

Ini adalah bagi membolehkan suasana panik menjadi sebahagian daripada fenomena tiga hari terakhir pembuangan undi untuk membuatkan rakyat menolak BN.

Hubungan Sarawak Report dan Tun Dr. Mahathir Mohamad ada signifikannya. Sarawak Report secara konsisten sejak 2014 menjadi seakan-akan proksi maklumat untuk Mahathir melaksanakan agenda antarabangsa untuk menekan kerajaaan BN dan Perdana Menteri secara peribadi.

Jadi tidak hairanlah pada 28 April baru-baru ini, Sarawak Report kembali ke gelanggang dengan membawa isu baharu.

Entri terkini Sarawak Report mengaitkan laporan KPMG, kononnya Najib telah dinasihatkan untuk tidak membeli aset Eagle High Plantation (dahulu dikenali sebagai BW Plantations) di Indonesia.

Apa tujuan Sarawak Report mendedahkan laporan KPMG yang sudah wujud dua tahun lalu secara tiba-tiba ketika 10 hari lagi menjelang hari pembuangan undi PRU14?

Jawabnya mudah, Sarawak Report akan menjadi agen sumber berita yang akan dipetik media arus perdana Barat yang dikuasai oleh Yahudi dalam usaha membantu Mahathir untuk merosakkan imej dan meruntuhkan ekonomi Malaysia.

Editornya, Clare Rewcastle Brown tidak pernah berhenti daripada usaha menggulingkan Najib. Rakyat Malaysia menyedari hal ini kerana ia sudah berlangsung selama lima tahun.

Jadi tidak hairanlah kalau kita sering menggambarkan Mahathir sebagai pengkhianat negara yang sanggup berkonspirasi dengan media antarabangsa semata-mata untuk menjahanamkan ekonomi kerajaan demi meraih undi bagi membolehkan beliau menjadi perdana menteri selepas PRU14.

Anehnya, Sarawak Report tidak pula berminat untuk mendedahkan pembabitan Mahathir dalam skandal BMF Hongkong, Perwaja,  dan skandal penjualan stesen janakuasa elektrik swasta kepada kroni-kroninya.

Begitu banyak projek ketika era Mahathir diperolehi secara mencurigakan oleh senarai kroni-kroninya yang kini menjadi multi-billionaire di Malaysia. Sarawak Report sepatutnya berminat dengan isu ini! - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com