“Kita Tetap Menyokong BN Walau Apa Pun Terjadi. Mahathir Ini Menyusahkan Kita.”- Peneroka Felda


Pisang Emas Dibawa Belayar
Masak Sebiji Di Atas Peti
Hutang Emas Boleh Dibayar
Hutang Budi Dibawa Mati

PANTUN di atas amat tepat mengambarkan perasaan para peneroka Felda. Ramai pengundi di petempatan Felda di Jempol menyatakan sokongan kepada Barisan Nasional (BN). Mereka menolak Tun Dr Mahathir Mohamad, walaupun mereka juga tidak menyokong bekas pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad.

Memetik sumber, Peneroka Felda, Hamidah Abdul Mutalib, 53, beliau akan menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan BN.

“Kita tetap menyokong BN walau apa pun terjadi. Dr Mahathir ini menyusahkan kita.”

Ditanya apa yang dimaksudkan, Hamidah berkata di zaman pentadbiran Dr Mahathir, harga getah tidak pernah naik.

“Zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi, alhamdulillah. Lepas Pak Lah letak jawatan, Najib Razak naik, terus kita lebih senang.

“Alhamdulillah, Datuk Najib tak pernah menyusahkan kami. Bayangkan setiap tahun ada bantuan. Musim raya, semuanya ada. Apa lagi kita nak? Makcik tak nak sokong lain, tetap BN,” katanya.

Tetapi Hamidah bukan penyokong Isa Samad, sambil berkata dia akan menolak bekas menteri besar Negeri Sembilan itu jika bertanding di situ.

“Kalau Tan Sri Isa buat tak betul, dialah yang dapat (kesannya). Tanggunglah. Macam kita bawah-bawah ini mana tahu sangat kan,” katanya, yang mengakui tidak banyak tahu mengenai skandal Felda.

Menurutnya, selama Isa menjadi ahli Parlimen di Jempol, tidak nampak banyak pembaharuan yang dilakukan melainkan pembinaan bangunan oleh kerajaan.

Seorang lagi peneroka, Abdul Karim Shamsuddin, 57, turut lega BN tidak mencalonkan Isa, sebaliknya menamakan Datuk Mohd Salim Mohd Sharif untuk bertanding.

“Memang patut dia diganti dengan Salim. Kalau lebih lama dia duduk, banyak lubang, mana nak lari, mana nak makan?” katanya.

Peneroka Tukiran Samawi, 66, juga berkata beliau tidak menyokong Isa, tetapi berkata akan mengundi untuk calon BN.

Calon BN Salim Sharif bakal dicabar calon PKR, Kamarulzaman Kamdias dan Mustaffa Daharun dari PAS.

Sumber – pru14.tv

#BR1M
#ManifestoBN
#NegaraKru
#jomBN
#BersamaBN
#HebatkanNegaraku
#DahulukanRakyat

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com