Ketua UMNO Bahagian Kedah Tak Terpilih, Komited Bantu Gerakkan Jentera


ALOR STAR – Kesemua ketua UMNO Bahagian di Kedah yang tidak terpilih sebagai calon pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) komited mahu membantu dalam menggerakkan jentera parti demi memastikan kemenangan calon di bahagian mereka.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, ketua bahagian kini menjadi pengarah jentera di kawasan masing-masing selain memainkan peranan penting bagi 'mengawal' penuh pergerakan jentera di bahagian mereka.

Difahamkan beliau, sebanyak 672 Pusat Daearah Mengundi (PDM) sudah mula menggerakkan jentera mereka dan kini diposisi menyerang.

“Ada cerita-cerita yang ketua bahagian tidak bagi sokongan pada calon. Dua tiga hari mungkin merajuk tapi kita dah bagi penjelasan kenapa tak dipilih dan sebagai pemimpin mereka faham.

“Tak semua jadi calon dan cuma satu dua sahaja tapi mereka bagi pengakuan pada saya untuk gerakkan jentera parti,” katanya ketika ditemui selepas menghadir Jualan Runtuh di Tapak Kanji Taman Wira, di sini, pada Selasa memetik Suata TV.

Sementara itu, Ahmad Bashah yang juga calon DUN Suka Menanti turut mendedahkan semua calon BN telah mula bergerak cergas di kawasan mereka dan program dari rumah ke rumah akan diadakan. - Kedahnews.com

#BersamaBN
#HebatkanNegaraku
#GE14
#PulangMengundi

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com