Kerana Sokong MCA, Lee Chong Wei Jadi Sasaran Serangan Penyokong DAP


Minggu lalu Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkongsi mesej berikut di laman Twitternya.

“Bersama rakan-rakan saya @tonyfernandes dan @LeongWei. Meraikan kepelbagaian budaya dan perpaduan Malaysia melalui sukan,” demikian tulis Liow menerusi kapsyen kepada gambarnya bersama jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes, beramah mesra dengan ahli Kelab Anak Muda Bentong.

Berbaju jersi kebangsaan dengan jalur harimau, pemenang pingat perak Olimpik itu hadir bersama isterinya, Menteri Besar Pahang dan juga Fernandes dalam perlawanan persahabatan dengan penduduk setempat.

Beliau kemudian memberitahu wartawan bahawa persahabatannya dengan Liow terjalin sejak Presiden MCA itu bergelar Timbalan Menteri Belia dan Sukan lagi, lapor TheStar.

“Kami sering bertemu di pelbagai acara. Kami juga meluangkan masa untuk makan malam bersama. Beliau adalah kawan baik saya, dan saya di sini untuk memberikannya sokongan moral,” katanya.

Susulan penampilan beliau baharu-baharu ini untuk memberi sokongan kepada rakannya, Chong Wei telah menjadi sasaran kepada serangan DAP.

Hakikat bahawa beliau adalah orang Cina kemungkinan menyebabkan banyak yang boleh dilakukan susulan serangan yang diterimanya daripada penyokong DAP.

Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional Datuk Eric See To menggelarkan taktik ganas DAP menyerang mana-mana individu yang bersuara menentang mereka sebagai “taktik era komunis”.


Mengulas mengenai tindakan DAP melabelkan Chong Wei sebagai pengkhianat atau “chowkow”, See-To menyifatkan serangan itu sebagai modus operandi biasa parti tersebut.

“Taktik DAP ini untuk menyerang mana-mana individu yang bersuara menentang mereka adalah taktik lama era komunis bagi menimbulkan ketakutan untuk menghalang orang ramai daripada mengkritik DAP atau bercakap baik mengenai lawan mereka.

“Ia hanya cara mereka untuk menindas kebebasan bersuara dan demokrasi.

“Datuk Lee, jangan bimbang, kerana anda berada di pihak yang baik,” katanya di laman Facebook sambil mengingatkan pembaca mengenai apa yang pernah dilakukan oleh DAP terhadap penyokong setia mereka sendiri, Dr Tan Seng Giaw dan bekas ketua DAP Johor Dr Boo Cheng Hau.

Beliau menggesa orang Cina untuk bersuara menentang taktik tidak bertanggungjawab DAP itu.

“Anda tidak lagi perlu takut dengan berdiam diri terhadap serangan ahli-ahli DAP. Anda mesti menyatakan kemarahan terhadap taktik kebencian DAP seperti ini dan layanan mereka terhadap Lee Chong Wei,” katanya.

Sebagai peringatan mengenai bagaimana jijiknya kempen kebencian DAP, beliau menunjukkan sekeping gambar Chong Wei yang tersebar dalam talian, disunting bersama imej seolah memaparkan bentuk najis dan tertera perkataan “run dog”. Bagaimanapun, lebih teruk adalah tulisan arab yang tertera pada baju Chong Wei.

“Perkataan Arab pada gambar Lee Chong Wei yang disunting, yang disiarkan oleh penyokong DAP berbunyi “Go F**k Yourself”.

“Itu menunjukkan betapa kotor penyokong DAP dan cyber troopernya mereka,” katanya, mengingatkan supaya tidak membiarkan tindakan DAP itu begitu sahaja.

“Rakyat Malaysia patut menolak mereka dalam PRU14 untuk menghukum DAP dan Pakatan kerana menggunakan taktik sedemikian,” katanya. 

Sumber – mD

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com