Kerana Skandal Mat Sabu, PAN Akan Kalah Semua Kerusi Di Kedah


Kurang dari seminggu menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), seorang pemimpin tertinggi gabungan blok pembangkang didakwa terlibat dalam skandal hubungan sulit dengan seorang wanita ‘misteri’ yang dikenali sebagai 'zaza'.

Pendedahan panas itu yang didakwa melibatkan Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu  (Mat Sabu) dibongkar oleh ahli akar umbi parti berkenaan beberapa hari lepas dalam satu sidang media khas yang berlangsung di Hotel Adamson, Kuala Lumpur.

Sejak dari itu, media sosial telah dibanjiri oleh begitu banyak gambar Mat Sabu yang sedang berpelukan mesra dengan seorang wanita muda dan seksi.

Malah, kiriman Whatsapp yang didakwa dikirimkan oleh Mat Sabu kepada wanita yang hanya dikenali sebagai Zaza berkenaan juga turut tersebar luas.


Semuanya gara-gara pendedahan seorang yang kononnya ahli Amanah Kuala Kedah yang mendakwa, seseorang telah meletakkan semua bahan bukti berkenaan di viper kereta miliknya.

Malah, dia sendiri tidak pasti, siapa yang meletakkan bahan berkenaan mahupun apa motif individu berkenaan berbuat demikian.

Bukan itu sahaja, salah seorang teman rapat Mat Sabu yang enggan dikenali memberitahu, gambar berkenaan adalah gambar lama.

Jelas rakan Mat Sabu itu, gambar tersebut berlaku sekitar tahun 2014 semasa Mat Sabu masih lagi menjadi Ahli PAS.

Ekoran kejadian tersebut, Kedahnews telah mendapat sumber dari beberapa orang yang hadir dalam ceramah PAS mengatakan hal tersebut akan menyebabkan PAN bakal kalah kerusi di Kedah.

Bahkan, mereka yang dahulunya menyokong Mat Sabu kerana pernah berada dalam parti PAS turut beralih arah untuk tidak mengundi beliau pada PRU14 ini.- Kedahnews.com

#TolakPakatan
#PakatanDAP

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com