Kepulauan Spratly: China Cetus Kemarahan Filipina


TINDAKAN pesawat pengebom China mendarat di Kepulauan Spratly menimbulkan kemarahan Filipina kerana dianggap sengaja mencetuskan provokasi antarabangsa di Laut China Selatan.

Sebuah pesawat pengebom China mendarat di pulau dan terumbu karang di Kepulauan Spratly menyebabkan Filipina nekad mengambil tindakan diplomatik wajar bagi menegaskan tuntutannya, lapor akhbar tempatan.

Bagaimanapun, tentera udara China menjelaskan bahawa pesawat seperti H-6K berlepas dan mendarat di pulau dan terumbu karang perairan Laut China Selatan itu sebagai sebahagian daripada latihan mingguan mereka.

Kenyataan itu benar-benar dianggap cuba menimbulkan pertelingkahan antara dua negara tersebut. Berikutan itu, Amerika Syarikat (AS) juga menghantar kapalnya ke kawasan bertelingkah terbabit sebagai langkah keselamatan.

KEPULAUAN SPRATLY

Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina berkata, pihaknya sedang memantau perkembangan itu dari semasa ke semasa.

“Kami sedang mengambil langkah diplomatik wajar bagi melindungi tuntutan kami dan akan terus melakukannya pada masa akan datang.

“Kami mengulangi komitmen untuk melindungi setiap inci wilayah dan kawasan yang berada dalam hak kedaulatan kami,” kata kenyataan itu namun tidak mengecam China atas tindakannya.

Isu tuntutan bertindih Kepulauan Spratly bukan perkara baharu kerana telah lama menjadi pertikaian diplomatik di beberapa buah negara sekitar.

Terdahulu, kepulauan ini pernah menjadi rebutan antara China, Filipina, Vietnam, Malaysia dan Brunei kerana dikatakan kaya dengan sumber galian. 

Sumber: Mize

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com