Kenapa Pakatan Harapan Tak Ajak Siti Kasim Kempen?


SATU masa tidak lama dulu, Siti Zabedah Kasim (Siti Kasim) dan pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan seperti Husam Musa dan ramai lagi selalu melakukan aktiviti bersama.

Mereka menyokong satu sama lain dalam perjuangan mereka, seperti dalam isu orang asli di Gua Musang, Kelantan.

Masa itu, Husam antara orang yang menikmati hasil serangan Siti Kasim dan rakan-rakan mereka terhadap kerajaan PAS Kelantan.

Kerajaan PAS Kelantan, yang Husam salah seorang pemimpin paling kanannya selama beberapa penggal, tiba-tiba dituduh gagal tangani isu alam sekitar hingga menzalimi orang asli.

Husam yang selama ini berperanan sebagai exco kanan dalam pentadbiran PAS Kelantan tiba-tiba mempersalahkan kerajaan negeri.

Sedangkan kalau benar kerajaan negeri Kelantan gagal mengurus alam sekitar hingga jadi seperti yang dihebohkan itu, tentulah Husam sebagai exco ada sahamnya.

Takkanlah alam sekitar tiba-tiba merosot dalam satu penggal hingga ribuan orang asli dizalimi. Takkan zaman Husam tidak ada pembalakan?

Itu dalam isu alam sekitar dan orang asli, yang sebenarnya bukanlah isu favorite Siti Kasim dan geng Pakatan Harapan termasuk Husam.

Perjuangan utama Siti Kasim ialah kebebasan hak asasi hingga tidak boleh disekat oleh agama, termasuk bebas menyokong dan mengamalkan gaya hidup seks songsang.

Siti Kasim ialah kawan baik pejuang liberal seperti Marina Mahathir dan kumpulan Sisters in Islam.

Siti Kasim juga lantang menghina insitusi agama Islam dan ajaran Islam itu sendiri dengan pandangan-pandangan peliknya tentang Allah dan hukum syariah.

Beliau ada mengeluarkan pandangan yang memeranjatkan tentang kejadian Allah, seolah-olah mengatakan Allah dicipta oleh sesuatu, hasil daripada “getaran.”

Peguam dan pejuang liberal ini dengan lantang bercakap menghina JAKIM yang didesak supaya dibubarkan.

Pandangan peliknya tentang kejadian Allah yang mengejutkan umat Islam satu masa dulu kuat dikecam oleh umat Islam, tapi kawan-kawan baiknya dalam PH diam membisu.

Pada masa seluruh umat Islam di Malaysia menyokong usaha menaik taraf Mahkamah Syariah melalui pindaan dikenali RUU 355, Siti Kasim memobilisasi menentang usaha itu.

Katanya yang mengetuai demonstrasi di Parlimen menentang pindaan itu, orang Islam juga menentang apa yang digelar “RUU Hadi” itu.

Kelantangan Siti Kasim ini memang tiada tandingan di kalangan pejuang liberal, lebih-lebih lagi dari kalangan wanita Melayu.

Maka kenapakah PH tidak memberinya sebuah kerusi untuk ditandingi atau paling kurang mengajak Siti yang bersuara lantang itu agar berkempen bersama?

Mungkinkah kerana malu dan tidak mahu orang Melayu melihat sisi memalukan itu? Nampaknya, ini ialah taktik yang sama seperti DAP yang menyorokkan logo roket mereka untuk menipu orang Melayu supaya tidak nampak wajah sebenar mereka. – Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com