Kediaman Najib Terus Dikunjungi


KUALA LUMPUR - Kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Langgak Duta, Jalan Duta, di sini terus menerima kunjungan, hari ini.

Beberapa kenderaan dilihat memasuki kawasan kediaman itu kira-kira jam 11 pagi dan difahamkan peguam beliau, Datuk Harpal Singh Grewal turut tiba.


Sejam kemudian, 12 individu dipercayai ahli Umno Pahang hadir disusuli kehadiran Ketua Puteri Umno, Datuk Mas Ermieyati Samsudin bersama enam individu lain pada jam 12.30 tengah hari.

Sementara itu, kelihatan Ketua Umno Bahagian Bukit Katil, Tan Sri Mohd Ali Rustam turut tiba di kediaman Najib, hari ini.

Sumber: Sinar Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com