Kantoi! Mahathir Tersasul Seru Jangan Undi Calon PH


TERSASUL… Setelah berjaya diiktiraf Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai calon tertua Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, Tun Dr. Mahathir Mohamad akhirnya membuktinya dirinya amat uzur!

Dengan usia bakal cecah 93 tahun, tokoh pembangkang itu yang sudah beberapa kali kantoi dengan tohmahan palsu termasuk isu jet mewahnya konon disabotaj, Mahathir semalam tidak dapat menyembunyikan situasi tua dirinya.

Media antarabangsa melaporkan, meskipun baru tiga hari tempoh berkempen untuk PRU ke-14, Mahathir mungkin akibat terlalu kepenatan dikesan tersasul ketika menyampaikan ceramah pakatan pembangkang berlogo PKR itu.

Kejadian yang cukup memalukan itu berlaku di Padang Astaka, Terengganu malam tadi apabila Pengerusi Pakatan Harapan (PH) tersebut tersilap meminta hadirin agar tidak mengundi calon blok berkenaan pada 9 Mei nanti.

Kejadian tidak dijangka tersebut turut mengundang ketawa dalam kalangan hadirin sebelum bekas perdana menteri yang pernah dikutuk pembangkang sebagai Diktator Maha Firaun itu terpaksa memperbetulkan kembali ucapannya.

Pengerusi PPBM itu yang partinya dibubarkan akibat masalah dalaman, ternyata amat keletihan ketika berada di pentas dalam usaha hasut rakyat untuk benci Barisan Nasional (BN) dengan ulangi modal isu ‘basi dikitar semula’.

Kehadiran Mahathir ke ceramah berkenaan turut ditemani isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali. Namun, wanita itu yang duduk di sofa disedia di atas pentas kelihatan penat dan beberapa kali lelap mata ketika suaminya berucap.

Ironi, insiden tersasul Mahathir itu membuktikan dirinya gagal menandingi kehebatan bekas calon bebas dalam dua kali PRU, Maimun Yusof atau Tok Mun di Terengganu dan kini sudah usia 99 tahun tetapi masih kuat bertenaga.

Turut hadir pada ceramah yang agak hambar sambutan itu ialah Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohammad Sabu dan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Terengganu, Azan Ismail. – Agensi

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com