Kantoi Lagi! Mahathir Dapat Lot Tanah Pada Harga Pajakan RM26.73 Di Langkawi Selama 60 Tahun!


ALOR SETAR - Selain isu pajakan empat lot tanah di Kuah, Langkawi pada 2011 yang didedahkan netizen, satu lagi dokumen tersebar mengenai pajakan tanah di Mukim Ayer Hangat.

Dokumen bertarikh 11 September 2014 itu mendedahkan, Penasihat Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad memperolehi Lot Tanah PT 537 dengan harga pajakan murah.

Lebih mengejutkan, pajakan lot ini selama 60 tahun.

Secara matematik, berdasarkan premium pajakan RM192,500.00 yang dikenakan untuk tempoh 60 tahun, kos pajakan hanyalah RM3,208.00 setahun menjadikan kos sebulan hanyalah RM26.73 sen.

Pajakan ini diluluskan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) melalui surat yang ditandangani Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Khalid Ramli.

Surat itu juga mencatatkan, caj pembayaran premium selama 60 tahun itu boleh dibayar secara ansuran dalam tempoh lima tahun. Tanah tersebut diluluskan untuk tujuan pelancongan dan perhotelan.

Adalah tidak munasabah, nilai komersial bagi sektor pelancongan dan perhotelan di pada kadar premium pelancongan dan perhotelan di pada kadar premium RM3,208.00 sahaja .

Ketika permohonan ini diluluskan kepada Mahathir, beliau masih Penasihat LADA.


Persoalannya: Apakah wujud salah laku dan manipulasi apabila seorang Penasihat LADA mendapatkan tanah untuk dirinya melalui syarikat Cipta Selaras Sdn. Bhd.

Lot tanah itu diberikan kepada syarikat Cipta Selaras Sdn. Bhd. yang Mahathir antara pemegang sahamnya.

Selain Mahathir, seorang lagi nama pengarah syarikatitu ialah Mohamad Nuhairi Rahmat, manakala Ooi Bee Chai, Cheong Kai Meng dan Mohd. Irwannizal Mohd. Arshad disenaraikan sebagai Setiausaha.


Siri pendedahan salah laku dalam mendapatkan tanah LADA untuk kepentingan diri sendiri, kini hebat diperkatakan netizen.

Skandal ini menjejaskan imej Mahathir, selaku calon PKR Langkawi yang berkempen di seluruh negara menentang kerajaan BN yang didakwa korup.

Mahathir harus menyelesaikan isu ini. Sebagai Penasihat LADA, apakah wajar Mahathir mendapatkan tanah LADA dengan caj premium yang murah untuk pajakan jangka panjang?

Mahathir berusia 90 tahun ketika memohon tanah tersebut. - Kedahnews.com


#HarapanPalsu
#HarapanBohong
 #TolakDAP
#PakatanDAP
#SinsofMahathir         
#DosaDosaMahathir

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com