'Kalau Sayangkan Dr. Mahathir, Jangan Undi Dia' - Hadi Awang


ALOR SETAR - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyeru rakyat supaya jangan undi Tun Dr. Mahathir Mohamad pada Pilihan Raya Umum Ke -14 (PRU14) kali ini jika sayangkan Presiden Pakatan Harapan itu.

Abdul Hadi menyifatkan zaman kegemilangan Dr. Mahathir sudah tamat malah terdapat ramai pemimpin pelapis yang boleh berada di tempatnya sekarang dan meminta bekas Perdana Menteri Malaysia itu supaya berehat dan menghabiskan masa tuanya.

"Biarlah dia berehat dalam usia yang sudah lanjut ini. Kita tidak mahu pemimpin kitarsemula. Banyak lagi pemimpin pelapis yang ada," katanya memetik Utusan Online.

Tambah Abdul Hadi, tidak sesuai jika Pengerusi PPBM yang dibubarkan sementara itu sekali lagi menjadi Perdana Menteri kerana rakyat tidak akan menerima orang 'kitar semula' sebagai perdana menteri.

Justeru nasihat Abdul Hadi kepada pengundi Langkawi, jika mereka sayang kepada bekas Perdana Menteri berusia 93 tahun itu, janganlah memberi undi kepada beliau dalam pilihan raya nanti.

Beliau membuat kenyataan berikut ketika menyampaikan ceramah di Pekan Kuah, di sini malam tadi.

Turut sama hadir dalam ceramah tersebut ialah Yang Dipertua Pas Kawasan Langkawi, Zubir Ahmad; Timbalannya, Mazlan Ahmad dan calon Pas DUN Ayer Hangat, Azlina Azinan.

Tambah Abdul Hadi, tidak mustahil Pas boleh mengalahkan Dr. Mahathir di Parlimen Langkawi kerana beliau pernah ditewaskan oleh calon parti itu dalam pilihan raya pada tahun 1969 di Kota Setar Selatan.

Ketika sidang akhbar selepas ceramah tersebut, Abdul Hadi sekali lagi menekankan perkara sama supaya rakyat supaya menolak Dr. Mahathir.

Dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Dr. Mahathir yang merupakan calon tertua dalam PRU-14 akan menghadapi saingan tiga penjuru membabitkan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Ir Nawawi Ahmad dan Zubir dari Pas di Parlimen Langkawi.

Dr. Mahatir yang membuat kemunculan semula di arena politik selepas kira-kira dua dekad meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dinamakan sebagai calon Perdana Menteri sementara sekiranya gabungan pembangkang PKR dikuasai DAP memenangi PRU-14. - Kedahnews.com

#TolakPakatan
#PakatanDAP
#DosaDosaMahathir
#TsunamiPHitnah

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com