Kajian IDE Jangka BN Tewaskan Calon PH Di Pokok Sena, Pendang


ALOR SETAR - Kajian Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang dilakukan oleh Institut Darul Ehsan (IDE), menjangkakan Naib Presiden Amanah Datuk Mahfuz Omar bakal menghadapi kekalahan di kerusi parlimen Pokok Sena pada 9 Mei nanti.

Menurut Timbalan Pengerusi IDE, Prof Datuk Dr Mohd Redzuan Othman hasil kajian yang dilakukan menunjukkan Pas berjaya membantu Barisan Nasional (BN) mengalahkan Pakatan Harapan di kerusi Parlimen Pokok Sena.

Selain itu, Mahfuz dijangka akan memperolehi 28807 undi beza 2002 undi yang diperolehi calon BN, Said Ali Said Rastan yang dianggarkan akan mendapat 30,809 undi.

Manakala Pas yang mencalonkan bekas pemain bolasepak Kedah, Muhammad Radhi Mat Din dijangka akan memperolehi 11,487 undi.

"Campur Pas dan PH, memang pembangkang menang besar tetapi Pas berjaya memenangkan Barisan Nasional di kawasan ini," katanya di majlis forum Tiga Penjuru: Apakah Pilihan Rakyat di Shah Alam pada Jumaat.


Selain parlimen Pokok Sena, IDE juga turut membuat kajian di parlimen Pendang yang mana sekali lagi Pas berjaya memenangkan BN dengan mengurangkan undi yang diperolehi oleh PH.

Hasil kajian juga mendapati calon BN Datuk Othman Abdul memperolehi 34,051 undi manakala Wan Saiful Wan Jan yang mewakili PH mendapat 22,963 sementara Awang Hashim (Pas) 13.256 undi.

"Kalau kita gabung undi PH dan Pas, pembangkang akan menang tetapi sekali lagi Pas berjaya memenangkan Barisan Nasional di kawasan ini," katanya memetik Awani.

Untuk pengetahuan, kajian dan simulasi ini dilakukan tanpa mengira undi awal dan undi pos dan dijalankan 5 hingga 7 januari 2018 dan 21 hingga 23 April yang lalu.

Kajian yang dilakukan oleh IDE ini juga dilakukan ketika 'Gelombang Nik Omar' belum muncul. - Kedahnews.com

#TolakPakatan
#PakatanDAP
#BersamaBN
#UndiBN

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com