Jumlah Penduduk Palestin Dibunuh Israel Meningkat 60 Orang


GAZA CITY - Dua penduduk Palestin meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami selepas ditembak oleh tentera Israel pada Isnin lalu semasa bantahan besar-besaran di Semenanjung Gaza.

Menurut kenyataan pergerakan Hamas, Mohammed Mazen Alyan, 20, ditembak di kem pelarian Al-Bureij manakala Moein Abdel-Hamid Al-Saai, 50, ditembak di timur bandar ini.

Jumlah penduduk Palestin yang dibunuh oleh tentera Israel sehingga Isnin lalu meningkat 60 orang. - AFP

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com