Jokowi Janji Wujudkan Rang Undang-Undang Antikeganasan Banteras Militan


SURABAYA - Insiden serangan bom bunuh diri yang dilakukan sebuah keluarga militan Indonesia dan melibatkan kanak-kanak berumur lapan tahun telah menggegarkan masyarakat dunia.

Keadaan menjadi bertambah buruk apabila siri serangan bom kedua dilaporkan sehari selepas itu di bandar yang sama.

Reuters melaporkan, Presiden Indonesia Joko Widodo berjanji untuk meneruskan rang undang-undang antikeganasan dalam usaha memerangi rangkaian militan.

Menurut Ketua Polis Indonesia Tito Karvanian, pengebom dikatakan menaiki motosikal dan berhenti di hadapan Ibu Pejabat Polis Surabaya sebelum meletupkan dirinya.

Seorang kanak-kanak terjatuh semasa letupan itu berlaku namun sempat diselamatkan seperti yang dirakaman kamera litar tertutup.

Empat anggota polis dan enam orang awam juga dilaporkan cedera akibat serangan berkenaan.

Jokowi menyifatkan tindakan yang dilakukan pengganas itu sebagai perbuatan orang pengecut, tidak bermartabat dan melampaui batas kemanusiaan.

Pihak polis mengesyaki serangan bom Ahad lalu telah dilakukan oleh sebuah gerakan militan yang dikenali sebagai Jemaah Ansharut Daulah (JAD).

Bercakap tentang motif serangan, pihak polis berkata, tahanan JAD telah menyahut panggilan daripada  kumpulan militan Daish di Syria yang menyeru mengikutnya yang dalam tahanan untuk berjuang.

Bagaimanapun, terdapat motif lain serangan bom berkenaan iaitu untuk membalas dendam ke atas penangkapan pemimpin mereka iaitu Aman Abdurrahman dan pemimpin JAD yang lain seperti Zaenal Anshari.

Secara keseluruhannya, 25 orang telah dilaporkan terbunuh sejak Ahad lalu termasuklah 13 suspek militan ekoran serangan itu.

Sumber: Awani

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com