Jika Cina Pun Tolak DAP, Kenapa Orang Melayu Hendak Sokong...


Dr. Mahathir Mohamad telah dan sedang dipermainkan oleh DAP.

Orang Cina yang menyokong DAP diajak menyokong Dr. Mahathir yang berusia 93 tahun itu bagi diangkat semula sebagai Perdana Menteri ke-7.

Tujuannya tidak lain bagi menjaga hati orang Melayu dan tentunya motif utama DAP untuk memecahkan undi orang Melayu di luar bandar.

Dr. Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Pengerusi Pakatan Harapan bukanlah merupakan pemimpin yang mempunyai kuasa mutlak dalam gabungan pembangkang.

Sebaliknya, Mahathir hanya diperkudakan parti cauvinis DAP yang sanggup menggugurkan simbol 'roket' buat kali pertama dalam sejarah penglibatan DAP dalam PRU di Malaysia. Tujuannya untuk mengabui mata pengundi terutama orang Melayu.

Sudah terang lagi bersuluh, pemimpin pembangkang sendiri dengan jelas menyebut nama bekas Perdana Menteri itu di pentas-pentas cera­mah bahawa Dr. Mahathir hanya dipergunakan untuk meraih undi Melayu.

Belum la­gi memegang pemerintahan negara, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng telah pun berjanji kepada dua pemimpin DAP untuk dilantik sebagai menteri yang secara tidak langsung menunjukkan kerakusan mereka untuk menguasai pentadbiran negara.

DAP cuba tonjolkan Dr. Mahathir seolah-olah beliau me­nguasai atau ketua gabungan pembangkang.

Sebelum waktu kempen PRU14 berakhir, Dr. Mahathir akan memberi ucapan dan amanat dengan Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung DAP Guan Eng akan duduk di belakang.

Semua orang tahu siapa yang paling kuat adalah parti yang mempunyai paling banyak kerusi dalam gabungan pakatan pembangkang iaitu DAP.

Parti itu adalah penentu dan akan membuat keputusan jika gabungan pembangkang memerintah.


Di mana-mana sahaja pemimpin DAP berceramah, mereka akan bertanya orang ramai siapa bakal Perdana Menteri.

...dan mereka akan menjawab 'Mahathir! secara serentak. Jawapan itu sebenarnya telah diprogramkan oleh pemimpin DAP, satu lakonan yang terang lagi nyata.

Melihat kepada pembahagian kerusi, DAP bertan­ding di kerusi kawasan bandar sementara PAN dan PPBM yang turut menggunakan logo PKR pula bertanding di kawasan-kawasan yang belum tentu boleh menang.

Perlu juga diingat DAP tidak akan melupakan 'kejahatan' Dr. Mahathir terhadap parti dan pemimpin mereka dalam masa 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri walaupun Mahathir telah memohon maaf dan DAP pula sudah 'melupakannya.'

Mahathir yang terlalu kecewa kerana gagal menggulingkan perdana menteri melalui undi tidak percaya dan deklarasi rakyat terpaksa berbaik dengan musuh politiknya DAP dan PKR.

Dalam ucapannya di kampung-kampung Melayu, Dr Mahathir pula mengajak orang Melayu turut menyokong DAP dengan memberi gambaran bahawa parti itu tidak menentang Islam, DAP parti pelbagai kaum dan bukan lagi parti rasis. 

Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming yang sebelum ini menghina orang Melyu  pula dengan jelas memberitahu bahawa dia akan 'habiskan kerja-kerja Mahathir untuk tumbangkan kerajaan'.

Masyarakat Cina tidak semua menyokong DAP. Ini dibuktikan ramai pemimpin dan ahlinya  telah keluar parti dan mengecam parti itu.

Oleh itu kenapa perlu ada orang Melayu pula tiba-tiba mahu menyokong DAP. Jika kita memangkah simbol PKR pada PRU14, bermakna kita juga menyokong DAP.

Pilih BN parti yang telah terbukti memerintah negara ini dengan baik sejak lebih 60 tahun lalu. Parti baharu (Pakatan Harapan) belum pasti boleh membawa harapan yang lebih baik kepada rakyat dan generasi muda akan datang.

Jadi jangan terpengaruh dengan slogan "ubah dan kalih' yang didendangkan oleh parti-parti pembangkang seperti mana yang mereka dendangkan setiap kali pilihan raya umum sebelum ini - Kedahnews.com.

#JomBN #BersamaBN #DahulukanRakyat #HebatkanNegaraku #PRU14 #TsunamiPHitnah #GE14 #UndiBN #HarapanBohong #TolakDAP #PakatanDAP #SinsofMahathir #DosaDosaMahathir





No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com