Jika BN Menang : Cukai Pendapatan Belia Dihapus, Tol Percuma 5 Hari dan Cuti 2 Hari




Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak malam ini mengumumkan tiga berita gembira buat rakyat Malaysia jika Barisan Nasional (BN) diberi mandat semula untuk membentuk kerajaan pada pilihan raya umum ke-14(PRU14) esok.

“Jika Barisan Nasional diberi mandat, semua golongan muda yang berumur 26 tahun dan ke bawah akan dikecualikan cukai pendapatan, bermula dari tahun taksiran 2017 dan tahun-tahun berikutnya dengan serta merta,” kata Najib.

Beliau juga mencadangkan cuti peristiwa khas selama dua hari berturut-turut iaitu pada 14 dan 15 Mei minggu hadapan dan 13 dan 14 Mei bagi negeri yang cuti pada hari Ahad.

Menurut Najib, cuti itu dua hari itu akan membolehkan umat Islam menyambut Ramadan bersama keluarga mereka.

"Untuk sambutan hari raya Aidilfitri 2018 ini, tidak ada sebarang bayaran tol dikenakan, bukan untuk sehari, tetapi untuk lima hari yang bermula dua hari sebelum hari raya dan hari seterusnya," kata Najib dalam perutusan khas sempena PRU14 esok.

Beliau yang juga Pengerusi BN mengumumkan perkara itu dalan ucapan beliau di Pekan yang disiarkan secara langsung menerusi TV3 malam ini.

"Tidak ada tol pada hari raya tahun ini selama lima hari (2 hari sebelum raya hingga hari raya ketiga),"ujar Najib.


Bagi cukai pendapatan yang telahpun dibayar pada tahun sebelumnya, akan dikembalikan semula kepada golongan berkenaan, kata Najib.

"Saya tahu orang muda memerlukan wang yang mencukupi, maklum sahaja nak beli kereta, nak sewa rumah, perbelanjaan sebagainya, nak bagi duit kepada ibu bapa. Sebagai kerajaan begitu prihatin, pertama kali dalam sejarah mereka yang berumur 26 ke bawah tidak perlu bayar cukai," kata Najib.

 Mengenai cuti peristiwa, kata Perdana Perdana Menteri ia sebagai tanda terima kasih bagi menghargai perit jerih jentera pilihan raya bukan sahaja BN tetapi pembangkang serta rakyat keseluruhannya.

"Gunakanlah dua hari cuti ini bersama keluarga untuk rapatkan hubungan dalam keluarga, dan buatlah persiapan Ramadan yang sebaik-baiknya bersama keluarga tersayang," katanya disambut sorakan orang ramai di pekarangan rumah tradisi ayahandannya  Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein.

Kata Perdana Menteri, ketiga-tiga pengumuman itu selain apa yang telah diumumkan menerusi manifesto BN sebelum ini, membuktikan bahawa Malaysia bukan sebuah negara bankrap atau gagal seperti yang dimomokkan pembangkang, sebaliknya merupakan sebuah negara berjaya.

"Kita tidak perlu diselamatkan kerana Malaysia merupakan negara berjaya. Saya sebagai perdana menteri mahu rakyat Malaysia hidup dalam riang dan gembira I want all Malaysian to wake up to a happy Malaysia," katanya yang dipetik darpada Bernama.

Sebagai amanat terakhir sebelum berakhirnya kempen PRU14 pada 12 malam ini, Najib menyeru rakyat Malaysia supaya yakin dan percaya dengan kebenaran perjuangan BN dan bersama-sama parti itu untuk memperhebatkan Malaysia.

Beliau berkata PRU14 kali ini akan menentukan destini dan masa hadapan negara, justeru rakyat perlu memilih berdasarkan pertimbangan dengan sebaik-baiknya.

Tegasnya walaupun menerima banyak serangan peribadi, hinaan dan cercaan, beliau menganggapnya sebagai ujian daripada Allah serta akan meneruskan perjuangan membela rakyat dan negara kerana sokongan yang ditunjukkan rakyat di ratusan kawasan dikunjunginya ketika 11 hari berkempen.

"Maka saya Najib Razak bagi pihak calon BN dengan setulus hati dan tawaduk, saya pohon, saya merayu kepada para pengundi tanpa ragu-ragu lagi, dengan hati yang tekad dan nurani yang bulat pada PRU14, pilihlah kami BN, parti yang telah terbukti rekod dan prestasi, mengota janjinya, dacing bukan sebarang dacing, adil dan saksama jadi pegangan, undilan BN hingga menang bertanding, parti sebenar harapan masa depan," katanya.

Seramai 14,449,200 orang daripada jumlah keseluruhan 14,940,624 pemilih berdaftar yang diwartakan akan mengundi mulai 8 pagi hingga 5 petang esok.-kedahnew.com


#PRU14
#TolakPakatan
#PakatanDAP
#BersamaBN
#UndiBN
#DahulukanRakyat
#HebatkanNegaraku


No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com