Jawatan Kuasa Masjid Di Ayer Hitam Mohon Sumbangan Sempena Ramadan


AYER HITAM - Jawatankuasa Masjid Ar Rahman Kerpan bakal menganjurkan Majlis Sumbangan Ramadan Fakir Miskin dan Anak Yatim pada 12 Mei ini.

Setiausahanya, Sabri Safie berkata, sumbangan berkenaan akan disalurkan kepada 60 penerima daripada beberapa kawasan dalam kariah ini.

Katanya, setiap penerima akan menerima bantuan keperluan dapur seperti gula, beras, minyak masak dan lain-lain bernilai RM50 setiap orang.

“Oleh itu, kami sangat mengalu-alukan mana-mana pihak yang bermurah hati untuk bersama kami menyalurkan sumbangan kepada golongan memerlukan ini.

“Kepada yang berminat untuk menderma, boleh salurkan sumbangan ke akaun Bank Muamalat 02060000571716 atas nama Masjid Ar Rahman Kerpan atau hubungi Sabri di talian 019-4646643,” katanya.

Sumber: Sinar Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com