Janna Nick Sambut Ramadan, Syawal Di Luar Negara



PELAKON Janna Nick memberitahu sambutan Ramadan dan Syawal untuk kali ini memberikan pengalaman yang cukup berbeza apabila bakal meraikannya di luar negara.

Menurut Janna, dia akan menyambutnya di Rusia bersempena kejohanan bola sepak Piala Dunia 2018 yang mana jenama telefon bimbit China, Vivo sebagai penaja utama dan dia merupakan duta kepada produk tersebut.

“Saya akan bertolak ke Rusia empat hari sebelum Aidilfitri dan akan pulang ke Malaysia empat hari selepas bulan Syawal bersama-sama dengan pemenang yang menyertai peraduan anjuran Vivo.

“Sudah tentu saya cukup teruja memandangkan saya memang peminat bola sepak dan peluang menyaksikan Piala Dunia adalah sesuatu yang sangat istimewa,” katanya dipetik KopiPlanet.com.

Kata pemilik nama sebenar Nurul Janna Muner itu lagi, ia merupakan kali pertama dia menyambut puasa dan Aidilfitri di luar negara.

Malah, Janna juga sempat memberitahu dia bakal membawa adiknya untuk menemani dirinya sepanjang keberadaannya di negara tersebut.

“Setakat ini belum ada tajuk lagi untuk single terbaharu saya. Ia akan dilancarkan selepas Aidilfitri nanti dan ia merupakan lagu berentak balada.

“Selain itu, sepanjang bulan puasa ini juga saya busy dengan penggambaran drama Hingga Ke Jannah untuk slot Samarinda bersama Fahrin Ahmad,” ujar Janna. – Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com