Janji Nak Selesai Gangguan Air Dalam100 Hari, Tapi Mukhriz Tangguh Projek Naik Taraf Loji Rawatan


Penangguhan lima projek menaik taraf loji rawatan air yang diluluskan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir dianggap tidak   mengutamakan keperluan asas untuk kepentingan rakyat. 

“Saya mengarahkan semua perbelanjaan kerajaan negeri dan GLC yang bernilai lebih RM100,000 ditangguhkan dulu termasuk kontrak-kontrak loji rawatan air, "kata Mukhriz di hari pertama beliau bertugas hari ini.

Tindakan Mukhriz itu bercanggah dengan janji Pakatan Harapan Kedah menerusi manifestonya untuk menyelesaikan masalah gangguan bekalan air dalam tempoh 100 hari selepas menang PRU14.

Sementara itu Mukhriz juga menyatakan semua projek kerajaan negeri dan syarikat milik kerajaan (GLC) bernilai lebih RM100,000 ditangguhkan bagi membolehkan penilaian semula dilakukan.

Mukhriz hari ini memulakan tugas sebagai Menteri Besar Kedah baharu tiba di pejabatnya di bangunan Wisma Darul Aman, di sini pada pukul 8 pagi tadi.

Pakatan Harapan  yang menggunakan logo PKR hanya menang 18 kerusi daripada 36  DUN sementara pihak pembangkang PAS dan BN masing-masing memang 15 dan tiga DUN.

Kedudukan itu meletakkan kerajaan PH Kedah tidak stabil menyebabkan kerajaan baharu itu perlu perlu mencari kaedah terbaik mengenai pelantikan speaker dan timbalannya.

Apakah PH akan menggunakan ADUN pembangkang untuk dilantik sebagai speaker dan timbalan speaker bagi ' melemahkan pihak pembangkang? 

“Soal pelantikan speaker ini, saya akan berbincang juga dengan pihak pembangkang,” ujar Mukhriz. - kedahnews.com


2 comments:

  1. Anak beranak 2 x 5..

    ReplyDelete
  2. tak apalah..janji rakyat Kedah suka kalau air tak ada...

    ReplyDelete

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com