Jangan Ikut Emosi Hukum Kerajaan BN


KUALA SELANGOR - Rakyat diminta tidak mengikut emosi terhadap sebarang penyebaran maklumat di media sosial yang tidak diketahui kesahihannya sehingga menghukum kerajaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ini termasuklah maklumat menyatakan bahawa negara gagal dan bankrap seperti yang didakwa oleh pembangkang.

Katanya, sekiranya bankrap sudah tentu kerajaan tidak mampu menyediakan pelbagai kemudahan kepada rakyat.

"Minggu lalu saya merasmikan Institut Kanser Negara di Putrajaya dengan hanya dua buah hospital di negara ini mampu membuat rawatan kemoterapi dengan kos mesin sebanyak RM22juta.

"Kalau di hospital swasta, caj bayaran dikenakan sebanyak RM40juta tetapi untuk kelas ketiga di hospital kerajaan bayarannya hanya RM12 sahaja, kelas kedua berjumlah RM200 dan kelas ketiga RM400," katanya ketika berucap semasa melawat Sekolah Kebangsaan (SK) Puncak Alam 2 di sini sebentar kelmarin.

Justeru, Najib menegaskan rakyat perlu berfikir sedalam-dalamnya bagi memastikan masa depan lebih baik dengan kedudukan Malaysia berada pada tangga 23 negara kompetetif di dunia hasil laporan Forum Ekonomi Dunia. 

Sumber - Kosmo

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com