Jais Larang Kegiatan Kepartian Di Masjid & Surau


SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melarang sebarang kegiatan kepartian dilakukan di masjid dan suraunya sepanjang tempoh berkempen pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Pengarahnya, Datuk Haris Kasim berkata larangan berkenaan bagi memastikan peranan masjid dan surau dalam menyatupadukan umat Islam menjadi zon aman dan bebas politik kepartian terjamin.

“Arahan berkenaan juga bagi memastikan masjid dan surau tidak dicemari anasir-anasir yang boleh memecahbelahkan masyarakat khususnya di negeri ini.

“Justeru itu JAIS, melalui Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) telah menubuhkan satu taskforce bagi memastikan arahan ini dipatuhi oleh semua anggota jawatankuasa masjid dan surau di Selangor,” katanya

Katanya arahan berkenaan juga selaras dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 20 April lepas yang mengingatkan rakyat Selangor agar tidak melakukan sebarang tindakan yang boleh mencetuskan kekacauan.

Beliau berkata, mana-mana anggota jawatankuasa masjid dan surau yang tidak mematuhi arahan berkenaan dan membenarkan program politik diadakan akan dikenakan tindakan di bawah Peraturan-Peraturan Masjid dan Surau (Negeri Selangor) 2017, Peraturan-Peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008 atau Pekeliling MAIS.

#JomBN #BersamaBN #DahulukanRakyat #HebatkanNegaraku #PRU14 #TsunamiPHFitnah #GE14 #UndiBN #BR1M #ManifestoBN #HarapanPalsu #HarapanBohong #TolakDAP #PakatanDAP #SinsofMahathir #DosaDosaMahathir


Sumber – Bernama

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com