Izzue Berang Isteri Dituduh Amal Ilmu Hitam


KUALA LUMPUR - Tidak habis-habis menjadi mangsa fitnah, Izzue Islam berang apabila isterinya, Awin Nurin dituduh pula mengamalkan ilmu hitam.

Izzue atau nama sebenarnya, Muhammad Izzul Islam Mazlan, 27, mahu individu yang didakwa memfitnah isterinya segera menghentikan buli siber di laman sosial.

"Ini bukan kali pertama tohmahan dilemparkan terhadap kami. Kali ini, ia meninggalkan impak berbeza kerana memfitnah dan menuduh isteri menggunakan bomoh terhadap saya," katanya kepada BH Online.

Izzue berkata, Awin menenangkan dirinya agar tidak cepat melatah.

"Saya terkilan kerana individu yang membuat tuduhan seperti tidak ada agama dan tidak beri bukti.

"Hentikanlah buli siber kerana ia memberi impak negatif kepada banyak pihak. Jika kurang pasti, jangan mulakan sesuatu yang tidak pasti kesahihannya... Mentaliti begini harus dihentikan," katanya.

Ditemui pada Kempen Terima Kasih 2018 anjuran rangkaian televisyen (TV) Media Prima Berhad (MPB), di sini, Izzue menggesa penyebar fitnah tampil dengan bukti, bukan berselindung di sebalik akaun palsu.

"Jika benar Awin mengamalkan ilmu hitam seperti yang didakwa, buktikan dan tunjuk bomoh yang digunakan. Perkara ini bukan membabitkan akaun palsu, sebaliknya beberapa individu," katanya.

Izzue yang juga anggota kumpulan Forteen berkata, dia juga kecewa kerana ada netizen mempersoalkan mengenai zuriat.

"Pasangan berkahwin mana yang tidak mahu cahaya mata? Jangan tuduh sesuka hati saja," katanya.

Sumber: BH Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com