Itu Gambar Lama Semasa Beliau Berada Di Dalam PAS – Rakan Rapat Mat Sabu


Sejak semalam, media sosial dibanjiri oleh begitu banyak gambar Presiden Amanah, Mat Sabu yang didakwa sedang berpelukan mesra dengan seorang wanita muda.

Malah, kiriman Whatsapp yang didakwa dikirimkan oleh Mat Sabu kepada wanita yang hanya dikenali sebagai Zaza berkenaan juga turut tersebar luas.

Semuanya gara-gara pendedahan seorang yang kononnya ahli Amanah Kuala Kedah yang mendakwa, seseorang telah meletakkan semua bahan bukti berkenaan di viper kereta miliknya. Malah, dia sendiri tidak pasti, siapa yang meletakkan bahan berkenaan mahupun apa motif individu berkenaan berbuat demikian.

Menariknya, salah seorang teman rapat Mat Sabu yang enggan dikenali memberitahu, gambar yang tersebar berkenaan adalah gambar lama. Dia sendiri tidak begitu mengingati bila kejadian berkenaan berlaku cuma katanya gambar berkenaan di rakam sekitar tahun 2014 semasa Mat Sabu masih lagi menjadi Ahli PAS.

Wanita berkenaan juga katanya merupakan peminat Mat Sabu dan cukup mengagumi cara Mat Sabu menangani pelbagai cabaran politik.

Justeru katanya, sukar untuk dia fahami kenapa seorang yang sebaik Mat Sabu ini difitnah sedangkan gambar berkenaan dirakam semasa Mat Sabu masih berada di dalam PAS. Justeru katanya, dia meminta mana-mana pihak, berhenti dari terus memainkan gambar ini.

Ini adalah gambar lama beliau dan biarlah ianya menjadi kenangan hidup beliau.

Sumber:SuaraPakatanHarapan

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com