Isu Pesawat Disabotaj, Ustaz Kazim Sindir Dr. Mahathir


ALOR SETAR - Tuduhan Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad kononnya pesawat peribadi yang dinaikinya untuk ke Langkawi telah disabotaj telah mendapat sindiran pelbagai pihak termasuk pendakwah bebas terkenal, Datuk Mohd. Kazim Elias.

Bahkan, beliau juga merasa agak terkejut apabila dikhabarkan akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) sebagai calon Bebas.

Perkara tersebut diketahuinya setelah membaca surat khabar dan katanya ramai yang mahu beliau bertanding sebagai calon PRU14 ini tetapi ditolaknya.

"Ramai yang nak saya bertanding untuk parti itu, bertanding untuk parti ini, bertanding calon bebaslah, lama-lama saya menyampah saya pergi Jepun. Nasib baik kapal terbang tak kena sabotaj, ingat senang ke nak sabotaj kapal terbang, kamu biar betul. Yang faham faham, tak faham sudah," katanya memetik Utusan Online.

Ustaz Kazim berkata demikian ketika berucap dalam ceramah perdana anjuran calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, di sini malam tadi.

Pada masa sama, Ustaz Kazim turut menasihati rakyat Malaysia agar membuat pemilihan yang betul bila mengundi pada 9 Mei ini.

"Kalau Bangladesh ke negara Afrika ke Indonesia ke bergaduh sesama sendiri tidak apa sebab mereka tetap lantik bangsa mereka jadi pemimpin.

"Tetapi kita ini ada pelbagai kaum, ada yang nak tukar pentadbiran padahal lima tahun bukannya lima minit, macam-macam boleh jadi, jangan sampai ada tanah yang tergadai," ujarnya.

Selain itu, beliau turut menegaskan Malaysia masih memerlukan pemimpin yang bukan sahaja pandai mentadbir negara tetapi juga mampu menjaga bangsa dan agama. - Kedahnews.com

#BersamaBN
#UndiBN
#KekalBN
#HebatkanNegaraku
#TsunamiPHitnah
#FakeNews

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com