Iran Diarah Bayar RM23.5 Bilion Kepada Mangsa 11 September


WASHINGTON  - Hakim Amerika Syarikat (AS) mengarahkan Iran membayar pampasan sebanyak lebih AS$6 bilion (RM23.5 bilion) kepada mangsa insiden 11 September 2011 yang mengorbankan kira-kira 3,000 orang.

Lapor al-Jazeera, Iran diarahkan membayar sebanyak 'AS$12.5 juta (RM49 juta) setiap pasangan, AS$8.5 juta (RM33.3 juta) setiap ibu bapa, AS$8.5 juta (RM33.3) juta setiap kanak-kanak dan AS$4.25 bilion (RM16.7 bilion) setiap adik beradik.

Malah, kadar bunga tahunan sebanyak 4.96 peratus dikenakan dalam pampasan tersebut, bermula dari 11 September 2011 sehinggalah tarikh arahan itu dikeluarkan.

Sumber: Utusan Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com