Ini 5 Bukti Kukuh DAP Hanya Pergunakan Melayu


DAP hanya mempergunakan ahli-ahli Melayunya dan tidak akan membenarkan mereka mendapat kuasa dalam parti itu.

Parti perkauman Cina ini sentiasa memastikan ia kekal dikuasai orang Cina, dan dikuasai oleh keluarga atau kumpulan yang paling berkuasa.

Sejarah DAP telah membuktikan orang Melayu hanya akan sampai di tahap tertentu sebelum habis madu sepah dibuang.

Ahli-ahli Melayu sekarang ini dipergunakan untuk menunjukkan wajah pelbagai kaum kepada rakyat Malaysia, untuk menarik orang muda melalui gadis-gadis Melayu, dan untuk memegang jawatan menteri besar sekiranya mereka menang di negeri sasaran.

Lima orang ini menjadi bukti paling kukuh untuk menunjukkan bagaimana cara DAP melayan ahli-ahli Melayunya, yang akhirnya tersingkir atau lari dari parti kerana telah melihat kebejatan di dalamnya.


1. Mohamad Razali Abdul Rahman

Bekas Pengarah Strategik Hal Ehwal Melayu-Islam ini akhirnya meninggalkan DAP selepas tidak sanggup lagi menjadi alat kepada DAP yang mempunyai rancangan jahat terhadap orang Melayu dan agama Islam di Malaysia. Razali mendedahkan kerja-kerja jahat dilakukannya termasuk terlibat dengan latihan dan menerima dana yang besar dari Israel.


2. Diana Sofya Mohd Daud

Gadis Melayu ini masih bersama DAP, dan mungkin akan kekal dalam parti Cina itu. Dia dipergunakan untuk menarik orang muda Melayu, dan dieksploit bagi mencapai tujuan itu. Diana dipergunakan untuk bertanding di Teluk Intan sekadar menunjukkan DAP sedia mencalonkan Melayu tetapi di kerusi yang DAP sudah sedia untuk kalah.


3. Datuk Zaid Ibrahim

Zaid ialah antara Melayu yang benar-benar liberal yang akhirnya memilih untuk menyertai DAP. Zaid lebih kuat berpegang dengan fahaman liberal dan tidak bermuka-muka mengambil hati orang Melayu seperti dilakukan ramai pemimpin lain yang kononnya liberal. Beliau akhirnya tidak sedar DAP ialah sebuah parti Cina apabila tidak dicalon dalam Pilihan Raya Umum ke-14.


4. Hata Wahari

Hata memperjuangkan kebebasan media hingga bermusuhan dengan bekas majikannya Utusan Melayu. Dia menyertai DAP dan acara penyertaannya dihadiri sendiri oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng. Tetapi akhirnya Hata menyedari bagaimana sikap sebenar DAP terhadap orang Melayu apabila mencalonkan cucu komunis Shamsiah Fakeh di Selangor.


5. Amran Ahmad

Amran yang juga anak kepada bekas pemimpin Melayu DAP ialah seorang lagi wartawan yang akhirnya memutuskan untuk mendedahkan perancangan jahat parti Cina itu. Dia mendedahkan propaganda jahat dan fitnah yang disebarkan oleh DAP dalam kempen PRU14 ini. Amran menjadi bukti terbaru sifat buruk DAP yang akhirnya menolak keluar orang Melayu. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com