Ingatkah Rakyat Mahathir Pernah 'Tindas' Golongan Nelayan Di Langkawi?


ALOR SETAR – Suatu ketika dahulu Tun Dr Mahathir Mohamad terlalu taksub membangunkan Langkawi, pada masa sama beliau menidakkan kepentingan golongan nelayan di pulau pelancongan itu.

Perkara itu terjadi sewaktu beliau menjadi perdana menteri, kata bekas setiausaha politiknya Datuk Seri Mohd Johari Baharum.

Tambahnya, bekas pemimpin yang kini bertanding untuk kerusi Parlimen Langkawi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) atas tiket PKR itu juga pernah bertindak menutup lima pengkalan nelayan di pulau itu bagi memberi laluan kepada pembangunan.

“Sewaktu itu banyak nelayan merungut apabila lima pengkalan nelayan ditutup termasuk pengkalan utama di Kuah, kerana Mahathir membuat pembangunan tanpa mengambil kira masalah dan pendapat nelayan,” katanya petik Bernama.

Kemudiannya, 'penindasan' yang berlaku itu berakhir ketika Mohd Johari menjadi timbalan menteri pertanian dan industri asas tani (2009-2013), dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meluluskan projek jeti Pantai Chenang bernilai RM12 juta.

Tidak terhenti disitu, Najib turut memberi peruntukan sejumlah lebih RM30 juta bagi menaik taraf semua kemudahan di jeti nelayan di seluruh Langkawi.

Jika dibandingkan dengan Mahathir, pada Februari lepas Najib mengumumkan peruntukan RM1.315 bilion untuk lima projek baharu kerajaan menerusi Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) di pulau itu, selain meluluskan peruntukan RM3.2 juta bagi pembinaan pemecah ombak sepanjang 100 meter di kawasan tambatan bot di jeti nelayan Chenang.

Ekoran itu, kini tiba detiknya pengundi di Langkawi nuka mata dan bijak membuat pilihan dengan memberikan peluang kepada kerajaan BN untuk membawa lebih banyak pembangunan di pulau itu pada masa akan datang memandangkan zaman Mahathir sudah pun berlalu. 

Mahathir juga dilihat sudah terlalu berumur dan sering kali tidak sihat menjadikan beliau tidak mampu untuk memimpin lagi. - Kedahnews.com

#JomBN #BersamaBN #DahulukanRakyat #HebatkanNegaraku #PRU14 #TsunamiPHFitnah #GE14 #UndiBN #BR1M #ManifestoBN #HarapanPalsu #HarapanBohong #TolakDAP #PakatanDAP #SinsofMahathir #DosaDosaMahathir

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com