Identiti Sebenar Jejaka Sebar Screenshot ‘Syafiq’


SEJAK kelmarin, industri hiburan negara dikejutkan dengan kontroversi klip video lucah yang dikatakan mirip pelakon terkenal, Syafiq Kyle yang tersebar dengan meluas di media sosial.

Rakaman pendek yang menyaksikan lelaki mirip Syafiq itu berbual perkara tidak senonoh menerusi panggilan video bersama seorang individu dikenali sebagai Mira itu menjadi bualan hangat netizen.

Malah, ada juga beberapa akaun Twitter yang mendakwa memiliki rakaman penuh berdurasi tujuh minit aktor berkenaan dan menjualnya dengan harga RM20.

Kontroversi tersebut kemudiannya menjadi lebih hangat apabila seorang individu yang menggunakan nama akaun fdrfaizi dan dikenali sebagai Faizi Khairudin menyebarkan paparan skrin perbualannya bersama Syafiq.



Melalui perbualan itu, Syafiq dilihat seolah-olah memohon maaf dan merayu kepada Faizi supaya dia memadam video yang disebarkan di internet itu.

Perkongsian Faizi di laman Instagram itu  kemudiannya tular dan mula mendapat perhatian netizen khususnya peminat tegar pelakon utama drama bersiri Nur tersebut.

Para peminat Syafiq mendakwa paparan skrin yang disebarkan Faizi itu adalah palsu dan direka bagi memburukkan Syafiq yang namanya kian meningkat dalam industri.

Bagaimanapun, perkongsian Faizi itu kemudiannya dipadam selepas ‘diserang’ oleh para netizen yang menganggap Faizi cuba membuka aib Syafiq.

Situasi itu juga menyebabkan orang ramai mula tertanya-tanya siapakah gerangan lelaki ‘jambu’ yang dikenali sebagai Faizi ini? Adakah dia mempunyai hubungan istimewa dengan aktor terbabit?

Justeru, ramai yang membuat andaian bahawa dia sebenarnya merupakan seorang lelaki homoseksual yang hanya mahukan perhatian di media sosial.

Berikutan kekurangan informasi mengenainya di media sosial, mStar Online melaporkan bahawa gambar-gambar yang digunakan Faizi bukanlah miliknya, sebaliknya jejaka ‘sado’ tersebut adalah seorang individu warganegara Filipina.




Lapor Ohmymedia pula, nama sebenar pemilik gambar yang digunakan Faizi ialah Rhenzo Lanuzo yang merupakan seorang jurujual acara dan bekerja di sebuah kelab malam di negara itu.

Tinjauan ke laman Facebook dan Instagram milik Rhenzo jelas menunjukkan gambar-gambarnya telah disalah guna oleh Faizi yang kini dipercayai merupakan sebuah akaun palsu.

Tidak diketahui apakah motif sebenar pemilik akaun palsu berkenaan menyebarkan video dan paparan skrin perbualan rekaannya bersama Syafiq.

Menurut individu berkenaan, dia masih mempunyai dua video melibatkan aktor itu dalam simpanannya dan masih belum disebarkan pada umum.

Sehingga kini, Syafiq masih mengunci mulut dari mengeluarkan sebarang kenyataan. Namun, dia dilihat masih aktif di laman sosialnya berinteraksi dengan peminat namun tidak langsung menyentuh mengenai kontroversi yang sedang melanda dirinya. – Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com