Ibu Tunggal Dari Kuala Nerang Rayu Bina Rumah Semula


KUALA NERANG - Seorang ibu tunggal dari Keda Kampung Bukit Ular merayu orang ramai atau agensi kerajaan supaya dapat membina semula rumahnya yang terbakar September lalu.

Muniroh Abdullah, 63, berkata, kejadian yang berlaku itu menyebabkan keseluruhan rumah serta kereta anaknya turut musnah.

“Sejak itu saya sekeluarga terpaksa berpindah ke Alor Setar untuk cari kerja dan sewa rumah RM350 sebulan.

"Tapi sekarang ni saya kerap sakit dan tak boleh kerja, jadi saya terpaksa bergantung kepada anak perempuan (Marliana Md Noh, 33) yang kerja sebagai pembantu kedai makan.

“Kos kehidupan kat sini tinggi sangat sampai kami tak mampu nak bayar sewa rumah. Jadi saya harap sangat kami boleh duduk balik rumah lama kami," katanya.

Menurut Muniroh, selepas kebakaran itu dia sudah beberapa kali berjumpa dengan pelbagai pihak bagi permohonan bantuan tetapi sehingga kini gagal.

“Saya tak tahu kat mana lagi untuk mohon bantuan bagi bina semula rumah baru untuk kami sekeluarga.

“Anak cucu saya juga sangat rindukan kampung halaman. Dengan pendapatan yang tidak menentu, mana kami mampu cari wang untuk bina semula rumah,” katanya yang berharap ada pihak dapat membantu keluarganya sebelum Aidilfitri pada Jun nanti.

Sumber: Sinar Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com