Hina Mangsa Tragedi Memali: Pengundi Sedia 'Hukum' Mahathir, PKR Pada 9 Mei Ini


Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa bahawa 14 orang kampung yang terkorban dalam tragedi Memali sebagai ’mati katak’.

Inilah Dr. Mahathir, sanggup menghina orang yang telah meninggal dan keluarga mereka yang terkorban dalam peritiwa itu  semata-mata hendakkan kuasa lagi walaupun usia menjangkau 'senja.'

Hina sungguh mangsa peritiwa Memali pada mata Dr. Mahathir dan PKR.

Dakwaan Dr. Mahathir itu  mendedahkan beliau terlibat dalam mencetuskan tragedi berdarah yang memalukan Malaysia pada 1985.

Bekas Perdana Menteri itu mendakwa, ‘Amanat Haji Hadi’ pada tahun 1981 yang menjadi punca berlakunya peristiwa hitam itu dengan membunuh pegawai kerajaan yang disifatkan sebagai kafir.

Dalam pertempuran antara penyokong PAS dengan pihak keselamatan di Kampung Memali, Kedah, itu mengakibatkan 18 orang terbunuh, termasuk empat anggota polis.

Dr Mahathir mengingatkan semula perkara itu ketika berucap pada Ceramah Perdana bersama Calon PKR P121 Lembah Pantai di pekarangan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi, Kuala Lumpur, malam tadi.

Sebelum ini Dr. Mahathir menyalahkan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Musa Hitam selaku Menteri Dalam Negeri  bertanggungjawab terhadap peristiwa itu. 

Namun apabila PAS enggan bekerjasama dengan partinya dan Pakatan Harapan, Mahathir menggunakan peristiwa itu untuk 'mencuci darah ditangannya' dan menyalahkan amanat Haji Hadi sebagai punca kejadian itu.

Kini pengundi terutama penyokong PAS dan pengundi  akan "menghukum' Mahathir dan parti yang menjadi sekutunya seperti PAN, PKR dan DAP pada 9 Mei iaitu hari mengundi bagi PRU14.

Mahathir akan bertanding di Parlimen Langkawi. Malangnya Dr. Mahathir memilih untuk menyakiti keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi itu sebagai bahan kempennya bagi menyerang PAS. - Kedahnews.com.

 #HarapanPalsu #HarapanBohong #TolakDAP #PakatanDAP #SinsofMahathir #DosaDosaMahathir


No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com