Helang Merah Tebus Kehampaan, Benam Negeri Sembilan 2-1


ALOR SETAR - Pasukan Kedah kembali menebus kehampaan keputusan seri di Alor Setar pada 1 Mei lalu lalu apabila menumpaskan Negeri Sembilan 2-1 dalam saingan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di sini malam tadi.

Helang Merah terlebih dahulu mendahului seawal minit ketujuh melalui pemain import Liridon Krasiqi yang menyepak bola masuk ke gawang selepas menerima hantaran lintang, Muhammad Akhyar Abdul Rashid.

Gol permulaan tersebut membangkitkan semangat Kedah menggandakan asakan ke kubu lawan.

Hasilnya, pada minit ke-15, Muhammad Akhyar Abdul Rashid menyempurnakan peluang dengan menguis memperdayakan penjaga gol Negeri Sembilan, Muhamad Ilham Amirulah Razali untuk gol kedua Kedah.

Keputusan 2-0 kekal sehingga tamat masa pertama.

Namun pada minit ke-75, tuan rumah melakukan rembatan leret ke kiri gol Kedah oleh pemain import Flavio Beck Junior bagi merapatkan jurang.

Memetik Utusan Online, cubaan Negeri Sembilan yang menurunkan pemain import baharu, Alex De Moraes Gomes berasal dari Sepanyol ternyata gagal menembusi kubu pertahanan Kedah.

Tuan rumah yang mengharapkan sentuhan Mohd. Asri Ninggal selepas menyingkirkan Mohd. Azraai Khor Abdullah, Khamis lalu masih gagal menemui sentuhan berbisa.

Perlawanan malam tadi turut disaksikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan yang baharu, Aminuddin Harun. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com