Hari Baru Telah Bermula - Rafidah Aziz


KUALA LUMPUR - Bekas Ketua wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz mengucapkan kesyukuran atas kejayaan Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Dalam satu posting terbaru beliau di Facebooknya, Rafidah berkata rakyat telah memberikan 'kontrak' baharu untuk menguruskan Malaysia bagi tempoh lima tahun akan datang.

"Syukur Alhamdulillah, Segala puji bagi Allah yang telah memakbulkan doa kita semua.

"Hari baru telah bermula kepada rakyat dan Malaysia yang dicintai ini. Babak baru dalam sejarah kita sedang ditulis.

"Rakyat telah memberikan kontrak baru untuk menguruskan Malaysia bagi tempoh lima tahun akan datang kepada gabungan parti baru Pakatan Harapan," katanya.

Ketika kempen PRU14 memasuki pusingan kedua, Rafidah yang juga bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa turut menyertai siri ceramah yang dianjurkan oleh PH.

Beliau kemudiannya dipecat dari UMNO bersama bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin dan juga bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Rais Yatim.

Mereka dipecat ekoran lantang mengkritik pentadbiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sumber: Awani

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com